Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Diplomat Saudi didapati bersalah cabul intern hotel di Sentosa

Feb 01, 2017 | 02:50 PM



SEORANG diplomat Arab Saudi didapati bersalah pada Rabu (1 Feb) menahan seorang intern semasa mencabul beliau dua kali dan menggunakan kekerasan ke atas beliau.



Bander Yahya A. Alzahrani, diplomat berusia 39 tahun yang bertugas di kedutaan Arab Saudi di Beijing, China, didapati bersalah mencium pelatih berusia 20 tahun itu di leher dan memeluknya semasa menahannya dalam sebuah bilik hotel di Sentosa pada 14 Ogos.



Bapa tiga anak itu juga didapati bersalah, selepas perbicaraan lapan hari, mencium leher mangsa kali kedua dan menggesel tubuhnya pada badan beliau sambil memeluk beliau, dan menarik tangan wanita itu supaya memegang pangkal pahanya.



Alzahrani berada di Singapura untuk bercuti dengan keluarganya pada masa itu.



Dalam alasan lisan ringkasnya, Hakim Daerah Lee Poh Choo mendapati mangsa seorang saksi "yang luar biasa meyakinkan", dan penyaksian beliau konsisten serta tersokong.



Sebagai orang muda, naif dan prihatin, beliau mahu melakukan yang terbaik semasa latihan, mahu meninggalkan kesan baik dan berharap akan diambil kerja oleh hotel itu, katanya.



"Saya percaya ini menjelaskan sebahagiannya pendirian beliau bahawa beliau tidak boleh menyinggung perasaan tetamu, lantas berkelakuan demikian pada 14 Ogos 2016," kata Cik Lee.



"Itu juga kali pertama beliau mengalami kejadian seperti itu, menyebabkan beliau keliru, binggung, tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan sangat malu."



Cerita mangsa mengenai apa yang berlaku dalam bilik itu terpaksa "dipaksa keluar" dari mulutnya selepas berjam-jam dipujuk, tambah beliau.



Mangsa menceritakan versi beliau mengenai peristiwa itu kepada pelbagai orang pada masa yang berlainan pada hari kejadian.



Hakim Lee berkata satu perkara penting juga ialah mangsa tidak mempunyai motif untuk memfitnah tertuduh.



Beliau mendapati Alzahrani bukan saksi yang boleh dipercayai, dan tidak bersedia bercakap semasa siasatan. Hakim Lee berkata hanya pada peringkat lewat baru Alzahrani mengemukakan penjelasan bahawa mangsa tersandung dan jatuh ke arahnya, jadi dia meletak tangannya di belakang mangsa untuk menyokongnya.



Beliau bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) April Phang dan Kenny Yang bahawa tidak ada kebenaran dalam pembelaan bahawa mangsa berpakat dengan kakitangan lain untuk membuat tuduhan palsu terhadap Alzahrani bagi memeras wang daripada diplomat Arab Saudi yang kaya itu.



Kes itu ditangguh hingga Jumaat bagi peguam bela Shashi Nathan, Tania Chin dan Marianne Chew mengemukakan rayuan mitigasi.



Alzahrani, yang bebas dengan ikat jamin $20,000, boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan rotan bagi setiap tuduhan mencabul; dan penjara hingga tiga bulan dan/atau denda hingga $1,500 bagi tuduhan menggunakan kekerasan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >