DIPLOMAT veteran Tony Kemal Siddique meninggal dunia pada Jumaat malam (17 Julai) akibat serangan jantung.
Beliau berusia 80 tahun, dan paling terakhir merupakan Wakil Pemerintah kepada Masyarakat Caribbean.
Allahyarham Siddique meninggalkan balu, Sharon, anak perempuan mereka, Sophia dan Samira, dan dua cucu perempuan, Misha dan Roxy.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Utusan Khas bagi Ehwal Artik, dan merupakan duta besar Singapura ke sejumlah negara Eropah, termasuk Finland, Hungary, Italy, Norway, Sweden dan Greece.
Setelah mengundurkan diri daripada perkhidmatan awam pada 1996, beliau menceburi sektor swasta dan membangunkan sebuah firma penasihat strategik, di mana beliau merupakan pengarah eksekutif.
Allahyarham dikebumikan pada petang Sabtu.