Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dirakam pancing ikan dekat Merlion Park

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



AGENSI air negara, PUB, sedang mencari dua individu yang dirakamkan memancing di Merlion Park.



Rakaman video perbuatan lelaki yang kelihatan seperti belia belasan tahun yang dilihat berjaya menangkap ikan di tebing perairan dekat Merlion Park tular di media sosial (gambar atas).



Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook dan Twitter semalam, PUB berkata pihaknya mahu mendapatkan maklumat mengenai dua individu yang dilihat memancing di tempat tersebut.



Video itu telah disiarkan di halaman Facebook, SBS - Sure Boh Singapore.



"Kami sedang menyiasat insiden itu. Harap hubungi kami menerusi mesej privet atau jika anda mempunyai informasi mengenai dua individu terlibat," kata PUB.



PUB juga meninggalkan komen di Facebok bahawa adalah satu kesalahan memancing di Merlion Park.



Dalam video itu, seorang anak muda berkemeja-T dilihat berada di anak tangga, menggapai tangannya ke dalam air di kawasan ikon Merlion sebelum menarik keluar seekor ikan berwarna kuning.



Seorang lagi belia, berbaju kelabu, dilihat memegang joran.



Kedengaran suara orang bersorak ketika salah seorang daripada belia itu menarik ikan keluar daripada perairan.



Video itu telah menerima lebih 196,000 tontonan dan dikongsi lebih 3,100 kali sehingga tengah hari semalam sejak ia disiarkan malam tadi.



Dalam kenyataannya, PUB juga mengingatkan orang ramai supaya memancing hanya di tempat yang dibenarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >