LALUAN trafik di Balestier Road telah dibuka semula pagi semalam selepas seluruh palang bagi jejantas di situ yang terjejas akibat kemalangan pada malam kelmarin ditanggalkan.
Dalam nahas itu, sebuah treler yang membawa mesin pengorek merempuh jejantas berdekatan Tessensohn Road dan menyebabkan sebahagian daripada strukturnya runtuh.