HASRAT di hati datang ke Singapura kerana mahu membeli bitcoin tetapi 'mengalami kerugian' akibat kehilangan wang tunai sebanyak $365,000 apabila beliau dirompak 'bakal penjual' mata wang itu.
Encik Pang Joon Hau, dipercayai berusia dalam lingkungan 20- an tahun, datang ke Singapura untuk membeli bitcoin dan menghubungi seorang broker Singapura.