Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Disindir, dilontar kata-kata sinis apabila ambil anak angkat

May 14, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI ibu bapa angkat, antara soalan yang pernah mereka ditanya ialah kos "membeli" anaknya.



Malah, sejak menyambut kehadiran anak angkat mereka sekitar tiga tahun lalu, tidak kurang komen atau kata-kata sinis yang diterima Encik Mazlan Mohd Nor, 40 tahun, dan isterinya, Cik Shantal Naidoo, 42 tahun.



"Ada juga yang beri amaran kepada anak mereka supaya jangan kacau anak saya kerana mereka tak mampu nak bayar kami jika apa-apa berlaku," kata Encik Mazlan, menceritakan pengalamannya kepada Berita Harian.



Namun, komen-komen seperti itu kini ditepis pasangan itu demi mengutamakan kebahagiaan keluarga mereka.



Setelah mencuba lebih tiga tahun tetapi tidak berjaya mendapat anak, pasangan itu memutuskan mendaftar keinginan mereka mengambil anak angkat pada 2019.



Selepas menjalani kesemua proses dan penilaian yang diperlukan sepanjang setahun, impian menimang cahaya mata itu menjadi kenyataan dan pasangan itu diberi kebenaran membawa anak angkat mereka pulang semasa dia berusia tujuh hari.



Menurut Cik Shantal, seorang warga asal Afrika Selatan, perasaan semasa pertama kali mengangkat bayi itu di hospital bercampur baur.



"Saya rasa amat gembira buat diri kami tapi pada masa sama saya rasa sedih untuk ibu kandungnya, yang juga berada di situ, kerana terpaksa menyerahkan anaknya. Kami semua menitiskan air mata.



"Tapi anggota keluarga ibu kandungnya yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada kami kerana menerima bayi tersebut dan memberikannya kehidupan lebih baik," kata pengurus operasi itu.



Selama 18 bulan, pasangan itu terus menghantargambar anak mereka kepada ibu kandungnya, yang turut menulis surat kepada anak kandungnya itu untuk dibaca semasa beliau lebih matang.



Encik Mazlan berkata beliau dan isteri tidak merancang untuk merahsiakan perkara itu daripada anak mereka.



"Dari awal kami dah bersetuju akan memberitahunya bahawa dia anak angkat apabila dia boleh memahaminya. Ia bukan satu rahsia. Malah, kami sudah pun membacakan kepadanya buku-buku cerita mengenai anak angkat sejak dia bayi," ujar beliau.



Cik Shantal mengaku bahawa pada mulanya ada perasaan risau jika ibu kandung anak itu memutuskan mengambil anaknya kembali.



"Memang ada timbul perasaan itu pada awalnya, lebih-lebih lagi kerana kami tiada ikatan darah. Tapi keluarga kandungnya sendiri memberi kami keyakinan bahawa mereka tidak akan mengambil kembali anak kami," ujarnya sambil menambah mereka sudah pun membawa anaknya bertemu keluarga kandungnya semasa dia berusia setahun.



Mengenai langkah pemerintah mengetatkan kriteria kelyakan bagi mengambil anak angkat, Encik Mazlan berkata ia adalah penting kerana menjadi ibu bapa angkat memerlukan komitmen tinggi dan persediaan cukup.



Namun, beliau menggesa agensi terlibat dalam proses itu supaya bersikap empati dan membantu mereka yang ingin mengambil anak angkat.



"Agensi seharusnya lebih terbuka untuk membantu, dan tidak hanya mengutamakan kos yang terlibat... kerana pasangan yang ke sana datang dengan minda terbuka, untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini," kata Encik Mazlan.



Pasangan itu kini dalam proses mengambil anak angkat kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >