Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Disleksia tidak halang raih kecemerlangan

gce a
Feb 20, 2021 | 05:30 AM



SETIAP orang pasti mempunyai cabaran mereka tersendiri yang tidak boleh dibandingkan dengan orang lain.



Itulah pendirian pelajar Institut Millennia (MI), Ahmat Firz Zulkifli, yang tekad untuk tidak menjadikan gangguan pembelajaran disleksia yang dialaminya sejak di sekolah rendah, satu penghalang untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajarannya.



Didorong oleh guru-guru dan rakan-rakan, dia selalu melakukan yang terbaik dari segi akademik, bahkan ketika mengimbangi komitmen kegiatan kokurikulum (CCA) sebagai kapten bagi pasukan badminton sekolahnya.



Dalam satu panggilan melalui wadah Zoom semalam, Ahmat, 19 tahun, berkongsi bahawa disleksia telah banyak menjejas kemahiran pembacaan dan ejaan yang tepat dan lancar.



Walaupun Ahmat pernah menggunakan jarinya sebagai cara untuk membaca ayat-ayat yang panjang ketika di sekolah rendah, dia menjelaskan bahawa cara tersebut kini kurang berkesan dengan ayat-ayat yang semakin panjang ketika dia melanjutkan pelajarannya.



"Memang cara-cara ini dulu berkesan tetapi ketika saya membesar, terdapat lebih banyak ayat yang lebih panjang agak sukar untuk saya faham.



"Contohnya dengan subjek seperti biologi atau sejarah yang memerlukan banyak membaca perenggan dan ayat-ayat panjang serta memahami fakta-fakta untuk peperiksaan, kadangkala ia agak sukar untuk melakukannya dalam tempoh masa yang pendek," jelasnya.



Namun begitu, Ahmat berkata dia telah melengkapkan pembelajarannya dengan cara lain seperti kad imbasan dan menjadualkan masanya supaya dapat meluangkan lebih masa untuk subjek-subjek yang tertentu.



Selain daripada persiapan untuk peperiksaan peringkat 'A' tahun lalu, Ahmat juga telah meluangkan masa untuk mengejar minatnya dalam bidang perubatan dan undang-undang antarabangsa.



Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia telah menjalani kursus dalam talian Farmakologi, daripada Sekolah Perubatan Harvard serta Undang-undang Antarabangsa daripada Universiti UCLouvain.



"Bukan mudah untuk mengimbangi masa untuk CCA, menjalani kursus dalam talian dan mengambil dan ujian serta melakukan persiapan untuk peperiksaan.



"Walaupun agak mencabar, semua orang mempunyai 24 jam dalam sehari.



"Yang penting adalah saya tahu matlamat saya dan apa yang saya perlu lakukan untuk mencapainya. Matlamat ini mendorong untuk saya terus berusaha dan memberi tumpuan kepada pelajaran dan masa hadapan saya," katanya.



Ahmat merupakan antara 11,646 pelajar yang telah menerima keputusan peringkat 'A' semalam.



Mengambil enam subjek, Ahmat meraih dua gred A dan tiga gred B.



Mengulas mengenai pencapaiannya, Ahmat berkata walau dia rasa kurang puas dengan keputusannya dia berterima kasih atas sokongan dan dorongan guru-guru dan ibu bapanya.



"MI telah menyediakan persekitaran yang kondusif, dengan guru-guru menawarkan bantuan melalui perundingan dalam talian yang lebih terutamanya semasa tempoh pembelajaran di rumah (HBL).



"Sokongan ini boleh katakan banyak membantu saya dari kesejahteraan dan membolehkan saya mencapai cita-cita saya," ujarnya yang kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Ahmat telah ditawarkan kemasukan awal ke Universiti Nanyang Teknologi dalam bidang Dasar Awam dan Hal Ehwal Global dan akan melanjutkan pelajarannya pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >