Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dituduh hasut lakukan keganasan ke atas pegawai polis

Apr 12, 2016 | 02:13 PM



SEORANG pekerja pemasaran Internet dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (12 April) dengan tiga tuduhan menyampaikan rekod elektronik mengandungi hasutan keganasan.



Chia Choon Kiat, 40 tahun, dikatakan menyiarkan di Facebook antara 2 dan 5 Feb pos terdiri daripada pautan ke sebuah artikel berita Straits Times.com mengenai kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan komennya.



Kanak-kanak itu dilaporkan jatuh dari rumahnya selepas dia dipanggil polis bagi siasatan berhubung dakwaan satu kes pencabulan.



Chia menyatakan dalam pos itu: "Sekolah harus bekerjasama dengan polis, tetapi juga mempunyai tugas menjaga para pelajar, kata Kementerian Pendidikan bersama komen anda. Apabila orang sudah buay lun (perkataan Hokkien bermakna tidak boleh tahan)... perlu ambil tindakan sendiri. Sila dedahkan identiti 5 pegawai polis preman dan kita sendiri akan pergi menangani mereka. Bunuh mereka".



Pada 5 Feb, dia didakwa menyiarkan di Facebook pos terdiri daripada pautan ke artikel berita Yahoo bertajuk: "Kami tidak dapat memaafkan cara anak kami dilayan: Bapa Benjamin Lim dalam surat terbuka", serta komennya: "Apabila orang sudah buay lun... perlu ambil tindakan sendiri. Sila dedahkan identiti 5 pegawai polis preman dan kita sendiri akan pergi menangani mereka. Bunuh mereka".



Pertuduhan ketiga mengatakan pada 13 Jan, Chia menyiarkan di Facebook pos yang menyatakan: "Jangan bermain dengan atau menyerang Pegawai Puntung Rokok semasa mereka bertugas, mereka berada di bawah perlindungan pemerintah. Jejak dan kesan di mana mereka tinggal dan di mana mereka kerja dan 'bermain' apabila mereka tidak bertugas dan tiada perlindungan pemerintah dan tidak boleh menuntut bayaran perubatan daripada bos mereka."



Chia diwakili Encik Alfred Dodwell, yang memberitahu mahkamah anak guamnya bersedia diperiksa oleh seorang pakar psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sanjeev Vaswani memohon agar kes itu disebut semula dalam masa seminggu.



Ikat jamin $15,000 ditawarkan. Pasportnya dirampas.



Hukuman maksimum bagi kesalahan itu ialah penjara lima tahun dan denda bagi setiap pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >