Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dituduh racun bayi: Pengasuh pernah dapatkan rawatan psikiatri, kata rakan

Feb 28, 2020 | 09:48 AM



SEORANG doktor yang merupakan rakan baik pengasuh yang dituduh meracun dua bayi memberitahu mahkamah daerah pada Khamis (27 Februari) bahawa rakannya itu telah sebelum ini mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri.



Namun Dr Peter Looi tidak mendedahkan penyakit apa yang Sa’adiah Jamari, kini 38 tahun, menghidap pada masa itu.



Pada hari keempat perbicaraan, Dr Looi memberitahu Hakim Daerah John Ng bahawa beliau telah bertugas di jabatan kemalangan dan kecemasan Hospital Besar Changi ketika Sa’adiah didakwa melakukan kesalahan itu.



Beliau menambah: “Saya boleh kata saya adalah rakan baiknya. Saya telah menjadi mentornya, penasihatnya, orang yang dia percayai, doktornya - dan saya tahu sedikit sebanyak mengenai kehidupannya.”



Mahkamah dimaklumkan bahawa kededua mereka telah menjalani hubungan ini selama sekurang-kurangnya 15 tahun, lapor The Straits Times.



Dr Looi memberitahu mahkamah beliau telah memberikan Sa’adiah ubat “selsema dan batuk biasa” apabila dia tidak sihat. 



Beliau memberi keterangan bahawa beliau “mungkin” memberi Sa’adiah klorfeniramina untuk selsema hidung dan orphenadrine, tetapi tidak pernah memberi sebarang ubat kepada kededua bayi itu.



Beliau juga berkata beliau tidak pernah memberi Sa’adiah pil tidur atau sedatif.



Baca laporan lepas:



 https://www.beritaharian.sg/setempat/pengasuh-dari-hougang-didakwa-racuni-dua-bayi



https://www.beritaharian.sg/setempat/bayi-diracun-pengasuh-ada-preskripsi-ubat-yang-ditemui-dalam-tubuh-bayi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >