Diuji Covid-19 tahun lalu, melangkah tahun baru dengan penuh kesyukuran, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Diuji Covid-19 tahun lalu, melangkah tahun baru dengan penuh kesyukuran

Jan 01, 2021 | 05:30 AM

CIK Nurul Jannah Hafid menghabiskan dua bulan tahun lalu terpisah daripada ibu kesayangan gara-gara Covid-19.

"Terpisah daripada ibu saya selama dua bulan, saya rasa mungkin saya telah ambil mudah masa yang dapat saya luangkan bersamanya di rumah.

"Masa-masa itulah yang sangat bermakna bagi saya kerana hanya kehadiran ibu sayalah yang saya perlukan dalam hidup," katanya.

Melangkah ke tahun baru 2021, Cik Jannah, karyawan dalam industri latihan dan pendidikan dewasa, berazam menghargai setiap detik bersama orang-orang yang beliau sayangi, selain menjadi seorang yang lebih bersyukur ke atas setiap perkara kecil dalam kehidupan.

Tahun 2020 pastinya antara tahun yang sukar dilupakannya.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Apakan tidak, itulah tahun di mana beliau dijangkiti koronavirus Covid-19 sekembalinya daripada percutian di Turkey bersama anggota keluarga lain pada Mac 2020.

"Saya dijangkiti pada musim puncak di mana semua orang amat berhati-hati dengan virus itu.

"Dua hari setelah saya pulang dari Turkey, saya rasa kurang sihat," cerita wanita berusia 29 itu yang suhu badannya ketika itu setinggi 38.3 darjah Celsius.

Namun, yang memburukkan keadaan, ramai anggota kumpulan lawatan yang sama dengannya didapati dijangkiti Covid-19 beberapa hari kemudian.

"Mereka tanya sama ada saya mengalami sebarang simptom dan saya kata saya demam awal minggu itu.

"Lepas tu, saya disuruh mengemas beg dan selama dua bulan kemudian saya tak dapat tengok pun rumah saya," katanya.

Cik Jannah telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Tan Tock Seng.

"Berada dalam ambulans seorang diri dan melalui seluruh pengalaman itu seorang diri memang mengerikan kerana saya inginkan ibu saya berada di sisi, tapi beliau tidak dapat melakukan itu," tambahnya.

Apabila beliau disahkan dijangkiti Covid-19, Cik Jannah akui beliau "sedih dan tidak terkata apa".

"Ia mengajar saya agar tidak mengambil mudah sebarang perkara dan menghargai setiap detik dengan orang tercinta kerana apa-apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Saya sebenarnya bersyukur atas pengajaran kehidupan yang saya pelajari sepanjang 2020... dan saya harap dapat terus kekal positif walau pada detik-detik sukar," ujar beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map