Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dividen bank SG dijangka pulih lebih kuat selepas had digugurkan: Penganalisis

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



DIVIDEN yang dibayar oleh DBS, UOB dan OCBC dijangka lebih tinggi pada tahun ini, jika Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menggugurkan had ke atas dividen tersebut, kata IHS Markit.



Syarikat analitik data itu berkata ia percaya MAS menggugurkan had itu berdasarkan kedudukan modal kukuh bank-bank tersebut, yang disebabkan langkah-lankah konservatif tahun lalu dan jangkaan ekonomi yang bertambah baik.



Dalam senario 'bull', di mana harga pasaran dan keyakinan pelabur meningkat, ketiga-tiga bank Singapura itu dijangka menaikkan dividen pada kadar purata 40 peratus berdasarkan dividen bagi setiap saham (DPS) bagi tahun fiskal 2021.



Jumlah bayaran dividen dalam senario ini dijangka mencecah AS$5.1 bilion ($6.9 bilion), berbanding AS$3.6 bilion pada tahun lalu.



IHS Markit meramalkan DBS, UOB dan OCBC masing-masing membayar DPS $1.17, $1.18 dan $0.52, bagi tahun kewangan 2021, dalam senario yang terbaik.



Sehingga 11.06 pagi semalam, saham DBS diperdagangkan 0.03 peratus, atau $0.01 lebih rendah, pada $29.57; UOB pula merosot 0.7 peratus, atau $0.19, kepada $25.50, sementara OCBC jatuh 0.3 peratus, atau $0.03, kepada $11.83.



Meski pengurusan DBS dan UOB telah menunjukkan kemungkinan nisbah pembayaran sebagai 50 peratus selepas MAS menggugurkan had dividen, IHS Markit berkata ia menjangka kededua bank terus membayar dividen pada kadar lebih rendah daripada tempoh pra-pandemik.



Ini serupa dengan OCBC, di mana nisbah pembayaran dividen telah turun naik antara 37 peratus dengan 47 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu.



IHS Markit berkata sejarah nisbah pembayaran bank itu memberi kelonggaran untuk menaikkan dividen bagi tahun ini.



Namun IHS Markit berkata ia tidak dapat mengecualikan kemungkinan MAS mengenakan sekatan kecil untuk terus menggesa bayaran dividen sederhana bagi tahun fiskal 2021 disebabkan ekonomi dunia yang tidak menentu berlatar bilangan kes Covid-19 yang melonjak.



Dalam senario 'bear', di mana harga pasaran menjunam lebih 20 peratus dan pelabur menjadi kurang yakin, IHS Markit menjangka DBS, UOB dan OCBC masing-masing membayar DPS $1.08, $1.14 dan $0.48.



Ia menjangka DBS membayar $0.30 setiap saham bagi baki suku-suku tahun kewangan 2021.



UOB dijangka membayar $0.52 setiap saham bagi dividen interim dan terakhir, serta $0.10 setiap saham bagi dividen khas. Bagi OCBC pula, IHS Markit menjangka bayaran $0.24 setiap saham bagi kededua dividen interim dan terakhir bagi tahun fiskal 2021.



Ketiga-tiga bank Singapura itu mendahului pasaran Asia Tenggara dari kiraan pemulihan bayaran dividen yang diagregatkan pada 2021, berbanding bank-bank di Malaysia dan Indonesia, yang dijangka melaporkan dividen yang kebanyakannya mendatar, kata IHS Markit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >