Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Divisyen Marin SCDF manfaat teknologi tingkat keupayaan

Faishal dedah divisyen, yang sambut ulang tahun ke-10, rancang kembang armada kepada 10 kapal
Apr 02, 2022 | 05:30 AM



MEMANFAATKAN teknologi, terutama teknologi tanpa pemandu, mesti menjadi jalan ke hadapan bagi Divisyen Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Ini bukan dapat meningkatkan keupayaan operasinya sahaja, bahkan mengurangkan risiko bagi pegawai dalam sebarang kerahan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau berkata demikian dalam ucapan di sambutan ulang tahun ke-10 Divisyen Marin SCDF di Balai Bomba Marin Brani semalam.



"Menggunakan teknologi tanpa pemandu akan membantu SCDF menggunakan sumbernya dengan lebih optimum dan selamat.



"Satu percubaan bukti konsep sedang dijalankan untuk menguji penggunaan teknologi tanpa pemandu bagi operasi bomba dan penyelamat, seperti Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dan Kapal Permukaan Tanpa Pemandu (USV).



"USV boleh dikerah bagi memadam api dalam situasi berisiko tinggi seperti terdapat risiko letupan," kata Dr Faishal.



Beliau turut mendedahkan bahawa SCDF sedang menjalankan kajian lanjut terhadap kapal marin generasi akan datang yang akan meningkatkan keupayaannya dalam memadam kebakaran dan pemindahan mangsa.



"Kami menyasarkan mengembangkan armada kepada 10 kapal menjelang 2029," ujar beliau.



Sementara itu, Komander Divisyen Marin, Kolonel Ryan Ong berkata landskap maritim Singapura sentiasa berubah dan Divisyen Marin perlu menyesuaikan diri serta menyahut cabaran dan pembangunan yang datang.



"Kami akan terus meningkatkan keupayaan dan kapasiti dengan meluaskan armada kapal kami, meningkatkan kemahiran pegawai serta memanfaatkan teknologi maju dan tanpa pemandu bagi operasi memadam api dan menyelamat," ujar beliau.



Sempena ulang tahun Divisyen Marin, 10 pegawai perintisnya diiktiraf bagi usaha mereka membangunkan divisyen tersebut daripada asas.



Antara mereka ialah Leftenan Kolonel (LTC) Mohamed Nazim Kudin, ketua unit operasi dan latihan dari 2012 hingga 2020.



LTC Nazim, yang sudah berkhidmat bersama SCDF selama 25 tahun, berkongsi bahawa antara cabaran utama yang dihadapinya ketika baru menggalas tanggungjawab baru itu sedekad lalu ialah "melatih pegawai bomba menjadi pelaut".



"Kami mempunyai sejarah memadam api yang lama, tetapi marin agak baru ketika itu. Untuk menyatukan dua kemahiran ini agak sukar, terutama jika anda tidak mempunyai latar belakang marin," katanya, 48 tahun.



Memadamkan api di darat dan laut amat berbeza, kongsi beliau, kerana di laut faktor persekitaran seperti angin, arus laut dan ombak menjejas tugas pemadam api dan cara mendekati sesebuah kebakaran.



Bagi Singapura, yang sangat kecil dan berkongsi sempadan perairan dengan Malaysia dan Indonesia, isu rentas sempadan antarabangsa ketika memadam api di laut juga menjadi satu keprihatinan, tambahnya.



Menurut LTC Nazim, beliau dan perintis lain Divisyen Marin SCDF juga berpeluang belajar daripada negara lain, seperti Jerman dan Amerika Syarikat, untuk memahami tentang kapal marin pemadam api dan memadam api di laut bagi membina keupayaan marin Singapura sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >