Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Djamal Tukimin ingin anjurkan perhimpunan buat teman sasterawan

Oct 25, 2017 | 05:10 PM



KECEMERLANGAN sumbangan sasterawan Encik Djamal Tukimin selama 54 tahun diiktiraf dengan Pingat Budaya, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), yang disampaikan Presiden Halimah Yacob di Istana kelmarin.



Encik Djamal, 71 tahun, yang gigih menulis cerpen, novel, puisi, esei kritikan teater dan naskhah pentas, juga dikenali sebagai pengarkib bahan bersejarah tentang Dunia Melayu dan Islam.



Sebagai ganjaran anugerah tertinggi NAC itu, beliau menerima geran sehingga $80,000 bagi menyokong projek pembangunan seni buat masyarakat atau dirinya yang sejajar dengan ketetapan NAC.



"Dengan geran itu, saya bercadang menganjurkan perhimpunan buat teman-teman sasterawan yang memberi impak terhadap perjalanan kesusasteraan saya sempena ulang tahun ke-55 saya dalam bidang ini.



"Ada lapan lagi karya saya yang belum dibukukan ingin diusahakan termasuk kompilasi kisah tokoh kesenian Melayu daripada serata dunia," kata Encik Djamal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >