Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor, 70 tahun, antara didakwa cabul kehormatan

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



SEORANG doktor tampil di mahkamah daerah semalam selepas didakwa mencabul kehormatan seorang pesakit wanita di klinik tempat dia bekerja.



Chua Kee Loi, 70 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Ogos tahun lalu. Dia menghadapi satu tuduhan mencabul kehormatan.



Tertuduh berada di Chua Clinic and Surgery di Yishun Avenue 3 sekitar 7.30 malam hari itu apabila dia didakwa memegang pipi kanan dan buah dada seorang wanita berusia 27 tahun di atas bajunya dengan tangan kirinya.



Doktor warga Singapura itu merupakan antara 10 lelaki yang menghadapi tuduhan mencabul kehormatan semalam.



Antara kes lain melibatkan dua lelaki yang didakwa mencabul kehormatan anggota keluarga mereka serta seorang lelaki yang didakwa mencabul kehormatan rakan kerjanya beberapa kali.



Identiti tiga lelaki itu tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa.



Salah seorang daripada mereka, seorang warga Singapura berusia 46 tahun, menghadapi empat tuduhan mencabul kehormatan selepas dia didakwa menyasarkan anak tirinya beberapa kali dalam sebuah flat di Yishun.



Dia dikatakan mencabul kehormatannya buat kali pertama ketika budak perempuan itu berusia 13 tahun sekitar 2016 dan kemudian tiga kali lagi pada 2017, 2018 dan tahun lalu.



Seorang lagi lelaki, iaitu seorang warga Singapura berusia 63 tahun, dikatakan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berusia 14 tahun dua kali.



Dia didakwa menyasarkan budak perempuan itu di sebuah flat dekat Jalan Besar pada 10 Disember tahun lalu.



Dia juga didakwa mencabul kehormatannya lagi empat hari kemudian.



Seorang warga China berusia 45 tahun pula menghadapi enam tuduhan kerana mencabul kehormatan rakan kerjanya yang berusia 47 tahun di tempat kerja mereka di Mandai.



Dia dikatakan melakukan kesalahan itu pada 2019 dan tahun lalu.



Lima lelaki lain yang didakwa di mahkamah kerana mencabul kehormatan semalam termasuk warga Singapura Mohamed Syameer Mohamed Shamudi, 19 tahun; dan Ang Cheng Wei, 28 tahun; warga Malaysia Lai Chii Chuan, 30 tahun; dan Shandru Muthusamy, 30 tahun; serta warga India Rajendran Suresh Menan, 33 tahun.



Lelaki ke-10 yang menghadapi tuduhan mencabul kehormatan semalam ialah Gurjit Singh, 35 tahun.



Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda atau disebat bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan.



Mereka yang didapati bersalah mencabul kehormatan budak bawah 14 tahun boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda atau disebar.



Pesalah berusia 50 tahun dan ke atas tidak boleh disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >