Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor beri vaksin Covid-19 tidak dicair mula bertugas hanya 2 minggu

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



DOKTOR di klinik Hougang yang tersilap memberikan dua individu dewasa sebotol penuh vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang tidak dicairkan pada 15 September lalu merupakan doktor lokum yang telah memulakan tugas di klinik itu hanya dua minggu sebelumnya.



Dalam satu kenyataan malam kelmarin, jurucakap Prohealth Medical Group berkata doktor itu telah memulakan tugas di klinik Prohealth Medical Group@Hougang pada 1 September.



Beliau juga bekerja di situ pada 8 dan 15 September lalu, iaitu ketika kejadian itu berlaku.



Jurucakap itu berkata: "Kami telah berhenti mendapatkan khidmat doktor itu sebagai lokum sejak kejadian itu berlaku."



Beliau menambah bahawa mereka tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana perkara itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa.



Jurucakap itu berkata syarikat itu memandang serius terhadap kejadian itu dan memberi jaminan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan klinik itu bahawa ia akan mengambil keselamatan dan kesejahteraan mereka dengan penuh berhati-hati.



Beliau menambah bahawa klinik di Hougang itu akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan untuk kes tersebut.



Syarikat itu juga menyatakan bahawa mereka sedang berhubung rapat dengan pesakit yang terjejas dan akan menyediakan mereka dengan sokongan dan bantuan yang diperlukan.



"Kami juga ingin memohon maaf secara ikhlas kepada pesakit yang terjejas dan keluarga mereka atas kejadian malang ini."



Akhbar The Straits Times telah melaporkan Selasa lalu bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada Isnin lalu.



Salah seorang pesakit telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan kadar degupan jantung yang meningkat.



Pesakit itu telah dibenarkan pulang, manakala yang seorang lagi tidak melaporkan sebarang reaksi yang tidak baik.



Setiap botol vaksin Pfizer-BioNTech yang tidak dicairkan mengandungi lima dos.



MOH telah menyatakan bahawa klinik dan doktor yang mentadbirkan vaksin itu telah digantung daripada program vaksinasi negara sehingga notis lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >