Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor 'bermasalah' perlu ditemani ketika periksa pesakit wanita

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



SEORANG doktor yang berdepan dengan pelbagai dakwaan, termasuk melakukan kesalahan seks terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, kini perlu ditemani seorang lagi kakitangan klinik, apabila memeriksa pesakit wanita, kata Majlis Perubatan Singapura (SMC) semalam.



Lim Yong Chin, 39 tahun, pengasas dan pengarah kumpulan klinik Access Medical, didakwa kelmarin kerana melakukan hubungan seks dengan seorang budak bawah umur serta beberapa kesalahan yang lain, termasuk penyakit intai, penipuan dan pelanggaran lalu lintas.



Semalam, jurucakap SMC memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia tahu akan perkara tersebut dan akan memantau dengan teliti prosiding di mahkamah, sebelum menentukan sama ada akan meneruskan tindakan disiplin terhadap Lim.



Jurucakap itu menambah:



"Sementara itu, Dr Lim telah membuat perjanjian bahawa dia akan mempunyai peneman yang hadir semasa menjalankan pemeriksaan klinikal ke atas pesakit wanita. Janji itu juga termasuk sekatan ke atas rakaman video/fotografi pesakit dalam amalan klinikalnya."



Lim didakwa menyentuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dua kali secara tidak wajar antara Mac dengan April 2021.



Dia juga didakwa telah mencabulnya secara seksual dan menyuruhnya melakukan seks oral terhadapnya di sebuah unit HDB di Bedok Reservoir Road, pada April 2021.



Di samping itu, antara 2020 dengan 2021, dia dikatakan telah merakam video dua wanita berusia antara 18 tahun dengan 19 tahun tanpa keizinan mereka.



Antara 10 Julai 2018 dengan awal 2019, Lim juga didakwa merakam sebuah video seorang wanita berusia 19 tahun dengan hanya berseluar dalam, melakukan perbuatan intim bersamanya, tanpa keizinan wanita itu.



Polis berkata kelmarin bahawa Lim, yang berdepan dengan 28 dakwaan secara keseluruhan, juga dituduh menipu Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) dan Poliklinik SingHealth untuk mengeluarkan subsidi Skim Bantuan Kesihatan Komuniti (CHAS) bagi tuntutan palsu.



Dia juga didakwa memandu dalam tempoh penggantungan dan tanpa insurans.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >