Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor didakwa beri suntikan palsu hadapi 7 tuduhan baru

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



DOKTOR klinik umum Jipson Quah yang didakwa bersubahat menyerahkan maklumat vaksinasi palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) dihadapkan dengan tujuh tuduhan baru menipu melalui perwakilan palsu semalam.



Quah, 34 tahun, dikaitkan dengan kumpulan antivaksin Healing the Divide, dan telah ditangkap pada Januari 2022 bersama pengasasnya, Iris Koh, 46 tahun.



Semalam, jumlah ikat jamin Quah dinaikkan kepada $30,000 daripada $20,000, dan dia kini menghadapi sejumlah 17 tuduhan.



Dia diwakili peguam Encik James Gomez dari firma guaman Edmond Pereira Law Corp.



Quah didakwa membantu pesakitnya membuat perwakilan palsu kepada MOH dengan menyatakan bahawa mereka telah divaksin dengan vaksin Sinopharm sedangkan mereka tidak menerima suntikan berkenaan.



Kesalahan ini didakwa berlaku antara Oktober 2021 dengan Januari 2022.



Hasil daripada tindakan Quah, pesakitnya dianggap sebagai telah menjalani suntikan vaksin dan layak untuk semua langkah pengurusan selamat yang dibezakan dengan vaksinasi.



Dalam alasan keputusan yang diterbitkan pada April 2022, Majlis Perubatan Singapura (SMC) berkata bahawa daripada mentadbir vaksin Covid-19, Quah telah memberi pesakit larutan garam.



Sekurang-kurangnya tiga pesakit membayarnya antara $1,000 hingga $1,500 untuk setiap dos.



Nama pembantu klinikal Koh dan Quah, Thomas Chua, 40 tahun, turut disebut dalam beberapa tuduhan. Koh didakwa telah merujuk pesakit kepada Quah.



Sebelum ditangkap, Quah memiliki atau pernah menjadi pengurus klinik di empat klinik - Wan Medical Clinic di Bedok; Mayfair Medical Clinic di Woodlands; Mayfair Medical Clinic di Chong Pang, Yishun; dan Ong Clinic & Surgery, juga di Yishun.



MOH sebelum ini berkata ia akan mengeluarkan notis menggantung empat klinik yang dimiliki atau pernah diuruskan Quah, dan akan membatalkan pengesahan bagi mereka menjalankan ujian pantas Covid-19.



Jika sabit kesalahan secara tidak jujur membuat perwakilan palsu kepada MOH, Quah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda.



Quah akan kembali ke mahkamah untuk persidangan praperbicaraan pada 6 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >