Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Doktor didakwa cuai sebabkan kematian ketika beri rawatan kecantikan

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SEORANG doktor berusia 34 tahun didakwa di mahkamah semalam kerana disyaki cuai semasa melaksanakan rawatan kecantikan yang menyebabkan seorang wanita meninggal dunia pada 2019.



Chang Bingyi dituduh memberikan ethylenediaminetetraacetic acid (EDTA) kepada Cik Lau Li Ting, 31 tahun, melalui intravena yang sebenarnya tidak diperlukan.



Warga Singapura itu turut mengakui beliau memberikan jumlah yang agak tinggi dalam masa yang singkat, menurut dokumen mahkamah.



Tindakannya itu menyebabkan Cik Lau mengalami ketoksikan EDTA yang mengakibatkan serangan jantung yang membawa maut.



Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 8 Mac 2019, sekitar tengah hari di Pusat Perubatan dan Kecantikan Revival di 90 Bras Basah Road.



EDTA merupakan bahan yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit dan badan.



Pangkalan data Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan bahawa Chan masih berdaftar sebagai pengamal perubatan.



Beliau merupakan lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2012.



Mahkamah diberitahu Chan akan menghadapi lebih banyak tuduhan.



Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 dan akan dihadapkan di mahkamah sekali lagi pada 7 November.



Menurut laporan awal berkaitan kematian Cik Lau, ejen hartanah itu koma selepas menerima rawatan Botox.



Botox sering digunakan bagi rawatan kecantikan serupa.



Apabila keluarga beliau tiba di hospital, mereka diberitahu bahawa jantungnya sudah berhenti buat tempoh yang agak lama dan kegiatan otaknya berkurangan.



Cik Lau meninggal dunia pada 13 Mac.



Keluarganya telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan juga MOH.



Dalam satu kenyataan semalam, presiden Persatuan Perubatan Kecantikan (Singapura) Dr David Loh, berkata Botox tidak mengandungi EDTA.



"Kejadian malang ini tidak ada kena-mengena dengan Botox.



"Terapi Chelation, di mana EDTA diberikan melalui intravena, tidak terangkum dalam bidang perubatan kecantikan," katanya.



Jika disabit kesalahan menyebabkan kematian Cik Lau melalui perbuatan cuai, Chan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >