Doktor didakwa serang temanita akibat enggan adakan hubungan seks

SEORANG doktor marah dan menyerang temanitanya, menyebabkan keretakan di muka, setelah wanita tersebut enggan mengadakan hubungan seks dengannya, menurut mahkamah semalam (4 November).

Mereka berdua tidak lagi menjalinkan hubungan, lapor The Straits Times.

Clarence Teo Shun Jie, 35 tahun, yang bertugas sebagai doktor pengganti (locum) di beberapa klinik, juga dituduh meretakkan jari kelengkeng kiri wanita itu.

Dia didakwa menyebabkan kesakitan terhadap Cik Rachel Lim En Hui, 27 tahun, di flatnya di Redhill antara 2 dengan 4.21 pagi pada 27 Ogos 2017.

Teo juga dituduh mengurung Cik Lim di bilik tidurnya, dan mencegahnya daripada keluar pagi itu.

Dia didakwa melakukan tiga kesalahan ini pada 12 dan 30 Mac 2017.

Galeri Foto