Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Doktor geriatrik buka klinik bagi warga emas di Changi Rd

Mar 04, 2023 | 03:38 PM

KLINIK sehenti baru bagi warga emas, Alami Clinic by Dr Farhan, yang menawarkan model penjagaan geriatrik baru dalam masyarakat telah dibuka pada Sabtu.

Pengasasnya, Dr Nur Farhan Alami, merupakan pakar geriatrik dengan pengalaman lebih sedekad dalam klinik awam dan swasta.

“Orang tua tidak suka pergi ke hospital. Bertahun-tahun saya terpaksa berdepan dengan pesakit yang enggan datang ke klinik kerana ia terletak di dalam hospital.

“Saya berbesar hati dapat membuka klinik di kawasan kejiranan East Coast di mana kami menyediakan penjagaan komprehensif yang mudah diakses dengan harga berpatutan,” kata Dr Farhan.

Alami Clinic by Dr Farhan bertempat di 398 Changi Road, #01-02.

Ia menawarkan penjagaan kesihatan perubatan sebagai pengamal am (GP) tetapi membuat pengkhususan dalam penjagaan kesihatan dan perubatan bagi warga emas.

Alami Clinic by Dr Farhan turut menyediakan khidmat teleperubatan bagi warga emas yang merasa lebih selesa membincangkan masalah kesihatan mereka secara dalam talian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3