Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor gigi akui tipu Lembaga CPF untuk agih $388,700 dari akaun Medisave pesakit

Apr 15, 2019 | 05:31 PM



SEORANG doktor gigi telah memainkan peranan dalam penipuan tuntutan palsu yang berhasil mendapatkan $388,700 dari akaun Medisave 13 pesakit. 



Penipuan tersebut, termasuk menipu Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mengeluarkan dana tersebut, meninggalkan kebanyakan pesakit yang terlibat dengan akaun yang kosong, sepertimana yang didengar di mahkamah hari ini. 



Daniel Liew Yaoxiang, yang sebelum itu pernah bekerja untuk The Smile Division Dental Group, mengaku bersalah terhadap 28 tuduhan menipu dan dua tuduhan pemalsuan. 



Sebanyak 250 tuduhan lain yang sama akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan. 



Dia merupakan individu kedua yang dijatuhkan hukuman dalam kes penipuan tersebut. 



Steven Ang Kiam Hau, 44 tahun, doktor gigi yang telah merancang jenayah tersebut, dipenjara 2 tahun setengah pada 10 Ogos tahun lalu. 



Liew, 37 tahun, tidak lagi bekerja untuk The Smile Division Dental Group. 



Laman Majlis Pergigian Singapura menunjukkan dia kini bekerja di sebuah klinik di Aljunied. 



Dia kini bebas dengan jaminan $600,000 dan dijangka dijatuhkan hukuman pada 3 Mei. 



Pesalah yang disabit kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga sepuluh tahun dan disaman bagi setiap tuduhan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >