Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor jual 25,000 botol ubat batuk kepada penagih

Jan 18, 2017 | 09:05 AM



SEORANG doktor meraih lebih $600,000 dalam tempoh 15 bulan menjual 25,765 botol ubat batuk kepada penagih dadah.



Ia adalah antara bilangan penjualan kodeina tertinggi yang menyalahi undang-undang, mahkamah diberitahu Selasa (17 Jan).



Tan Gek Young menjual lebih 2,300 liter ubat batuk - purata 57 botol bersaiz 90ml biasa - setiap hari. Ini berjalan dari 2014 hingga Jun 2015.



"Ini ternyata antara ciri lebih buruk dalam kes ini," kata Hakim Daerah Lim Tse Haw.



Ia bukan kali pertama Tan memberi ubat-ubatan kepada pesakit dalam jagaannya. Pada 2010, doktor bertaraf penduduk tetap itu mengaku bersalah terhadap 22 tuduhan salah laku profesional dikenakan terhadapnya oleh Majlis Perubatan Singapura. Dia digantung daripada tugas selama enam bulan, didenda $5,000 dan diarah memberi perakuan bertulis tidak mengulangi salah laku itu.



Di Mahkamah Selasa, doktor berusia 61 tahun itu, yang mengendalikan Meridian Polyclinic and Surgery di Bedok North, dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda $130,000 atas 20 tuduhan menjual ubat batuk dan kanister, dan gagal menyimpan rekod membekalkan ubat batuk sirap dengan codeine dan promethazine. Dia ditawarkan ikat jamin $60,000 sementara menunggu rayuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >