Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor, jururawat di luar sektor kesihatan awam digesa bantu beri vaksin

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menggesa para doktor dan jururawat berdaftar di luar sektor kesihatan awam untuk memberikan khidmat relawan di bawah SG Healthcare Corps.



Ini sedang pemerintah menggiatkan usaha memberikan vaksinasi kepada lebih ramai warga senja dalam tempoh yang lebih cepat.



Dalam catatan di Facebook, Encik Ong berkata lebih ramai doktor dan jururawat diperlukan untuk membantu memberikan vaksinasi kepada warga senja di rumah, terutama mereka yang mempunyai masalah pergerakan.



"Pasukan Vaksinasi ke rumah kami, yang merangkumi seorang doktor dan seorang jururawat, telah meningkatkan usaha mereka.



"Namun, permintaan amat tinggi, dan masa menunggu agak lama - sekitar lapan minggu," kata beliau.



Menurut Encik Ong lagi, para doktor dan jururawat di sini telah memainkan peranan utama dalam usaha vaksinasi negara.



Lantaran itu, setiap bantuan dan sokongan yang diterima boleh membuat perbezaan yang besar, tambah beliau lagi.



Encik Ong juga berkata seramai 1,200 warga senja yang tidak boleh keluar dari rumah atas masalah kesihatan telahpun mendapatkan suntikan vaksin dari pasukan itu.



Di Parlimen Isnin lalu, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata lebih 96,000 warga emas, iaitu 21 peratus dalam kalangan mereka yang berusia 70 tahun ke atas, belum lagi membuat tempahan bagi janji temu vaksinasi.



Memberi perkembangan terkini, Dr Janil berkata kemajuan stabil juga dapat dilihat dalam kalangan warga emas, dengan 79 peratus mereka yang berusia 70 tahun ke atas, telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sekitar 1,000 warga emas yang mendaftarkan diri setiap hari.



Doktor dan jururawat berdaftar di luar sektor kesihatan awam yang berminat untuk menjadi sukarelawan SG Healthcare Corps boleh mendaftar di shc@moh.gov.sg atau hubungi talian Kementerian Kesihatan di 6325 9220.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >