Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor: Kelonggaran bertahap beri ruang pantau perubahan kes Covid-19

Peralihan ke Tahap Kesediaan Selasa ini strategi berkesan sedang Covid-19 jadi endemik di S'pura
Aug 08, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA mengorak langkah seterusnya ke arah menjadi negara berdaya tahan Covid-19 dan pendekatan pembukaan bertahap yang diambil merupakan respons strategik demi memberikan pemerintah ruang memantau dan menilai sama ada ia bersedia ke tahap pembukaan lebih lanjut.



Ini disertakan dengan program vaksinasi bagi penduduk Singapura diharap dapat membentuk strategi berkesan sedang Covid-19 menjadi endemik, menurut beberapa doktor yang dihubungi Berita Minggu (BM).



Situasi di Singapura yang beransur stabil - terutama sekali dengan jumlah pesakit yang tidak melonjak tinggi di Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital - juga menandakan bahawa Singapura berada dalam kedudukan yang baik untuk memulakan pembukaan berfasa ini, kata mereka.



Singapura akan memasuki fasa baru yang digelar Tahap Persediaan mulai Selasa ini yang mungkin berlangsung sekitar sebulan sehingga awal September di mana sekitar 80 peratus penduduk dijangka sudah menerima vaksinasi sepenuhnya.



Jika ia dapat dapat mengawal keadaan, ia akan ke tahap seterusnya yang dipanggil Tahap Peralihan A di mana lebih banyak aktiviti akan dibuka.



"Pembukaan secara bertahap memang langkah yang strategik. Ia membolehkan pihak berkuasa memantau kesan perubahan dan peraturan yang diperkenalkan, pada masa yang saya ia juga memberikan kita harapan bahawa keadaan semakin stabil," kata pemilik EHA Clinic, Dr Elias Tam.



Namun, beliau akui kelonggaran yang diperkenalkan kini masih belum cukup untuk membantu sesetengah perniagaan, dan peraturan yang sering bertukar mungkin mengelirukan, terutama sekali bagi warga emas.



Doktor keluarga yang mengendalikan Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata meskipun program vaksinasi di Singapura dijangka meliputi sekitar 70 peratus penduduk pada 10 Ogos, keberkesanan vaksin itu tetap bergantung pada langkah keselamatan dalam masyarakat.



Justeru, usaha memastikan lebih ramai divaksin dan langkah pengurusan keselamatan, seperti menjejak kontak dan menjalani ujian bagi mengesan virus, perlu dikekalkan.



Lebih penting lagi, langkah membuka sempadan bagi membenarkan sebahagian warga atau pekerja asing yang telah menerima vaksin Covid-19 untuk memasuki Singapura perlu disertakan dengan ujian serta syarat tertentu, tekan Dr Elly.



"Meskipun mereka tiba di Singapura setelah melengkapkan proses vaksinasi di negara mereka, Singapura perlu menjalani ujian bagi memastikan ia telah dilakukan dengan sempurna kerana tumpuan utama adalah menjaga keadaan kesihatan di sini," tambahnya.



Kelmarin, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan bahawa Singapura juga akan mengambil sikap "lebih inklusif dalam mengiktiraf vaksin".



Ini bermakna semua, termasuk warga asing, yang telah menerima vaksin Covid-19 dalam senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan (WHO), termasuk Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm dikira telah melengkapkan vaksinasi Covid-19.



Buat masa kini lebih banyak data sedang dikumpul bagi menilai keberkesanan vaksin lain, kata pengasas bersama sebuah klinik pakar di Pusat Perubatan Mount Elizabeth, Specialist Care Group, Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar.



Katanya: "Buat masa sekarang, ia merupakan langkah munasabah untuk membenarkan strategi ini kerana kita juga tidak hidup dalam dunia yang ideal."



Menurut Dr Tam, lebih banyak pilihan vaksin yang ditawarkan mungkin dapat mendorong lebih banyak penduduk untuk divaksin.



"Langkah untuk mengimbangi keperluan mengawal mutu dan memberikan pilihan bagi orang ramai memang tidak mudah," katanya.



Dalam pada itu, orang ramai yang telah divaksin perlu membantu dalam memastikan orang di sekeliling mereka juga divaksin, tegas Dr Elly.



Rata-rata semua warga Singapura menyambut baik langkah membenarkan lebih banyak kelonggaran mulai 10 Ogos ini dan berharap situasi tidak akan kembali seperti sebelumnya.



Pekerja sosial, Encik Muhd Syazwan Senin, 30 tahun, berkata: "Memang ini perkembangan yang baik, namun saya harap Singapura dapat terus melalui proses pembukaan secara berterusan dan konsisten, dan tak berpatah balik lagi dengan peraturan yang sering berubah-ubah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >