Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH GALAK WARGA LEBIH PROAKTIF JAGA KESIHATAN

Doktor keluarga urus warga berdaftar akan terima yuran tahunan

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan membayar yuran khidmat tahunan kepada doktor keluarga untuk menjaga dan menguruskan setiap penduduk yang mendaftarkan diri di bawah strategi SG Lebih Sihat.



Yuran tersebut akan diberi secara berperingkat berdasarkan profil risiko kesihatan penduduk yang berdaftar, skop penjagaan yang diperlukan dan kemajuan yang dibuat berdasarkan penjagaan pencegahan atau pengurusan penyakit kronik.



Dr Fadzil Jaafar dari Klinik Perubatan Mission (Hougang), yang juga anggota Perlaksanaan Kumpulan Kerja SG Lebih Sihat, berkata ia merupakan insentif baik bagi doktor keluarga yang telah pun melakukannya dengan para pesakit mereka sejak sebelum ini.



"Ia menjadi lebih berbaloi bagi doktor keluarga yang menghabiskan lebih masa dengan pesakit dan menyelaras penjagaan mereka dengan mengarahkan pesakit itu kepada rakan dan sekutu kesihatan atau jururawat yang betul.



"Lagi pun, melakukan ini semua dan melaporkan tentang petanda klinikal penting boleh mengambil masa," katanya lagi.



Bagi doktor keluarga dan pengarah perubatan MyHealth Medical Centre, Dr Saiful Nizam, yuran yang ditawarkan pemerintah itu dianggap adil kerana ia menekankan kepada keberkesanan khidmat yang diberikan dan hasil rancangan kesihatan yang dilakarkan.



"Cabaran yang akan dihadapi adalah, kadangkala ada faktor luar dugaan yang bukan dalam kawalan pesakit dan doktor - yang akan menjejas perlaksanaan khidmat yang diberikan," katanya.



Memberikan pandangan tentang keseluruhan strategi SG Lebih Sihat, kededua doktor menganggapnya sebagai "langkah ke arah yang betul".



Dr Fadzil berkata bagi mencapai rakyat yang sihat, setiap individu perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri dan mengambil langkah membaiki isu lama seperti pemakanan tidak sihat, gaya hidup tidak aktif, tabiat buruk atau ketagihan seperti merokok dan pilihan makanan tidak baik selain kegemukan.



"Dengan mengukuhkan konsep seorang rakyat kepada satu klinik keluarga, doktor keluarga itu akan mengenali individu tersebut serta anggota keluarganya, situasi kehidupannya dan akan menggalak perbincangan mengenai pencegahan dari sudut kesihatan, vaksinasi, pelan penjagaan dan preskripsi sosial, serta lain-lain lagi.



"Ini penting bagi mengenal pasti isu-isu perubatan dan menguruskannya awal bagi mencegah atau melengahkan komplikasi yang boleh memburukkan lagi keadaan selain mahal untuk dirawat," ujarnya.



Lantas hospital dan penjagaan lanjutan akan terus menjadi relevan dalam merawat mereka yang sakit yang perlu dimasukkan ke hospital selain mereka yang mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa, tambah Dr Fadzil.



Di bawah strategi SG Lebih Sihat, penduduk akan digalak memilih dan mendaftar dengan seorang doktor keluarga, yang akan menjadi kontak pertama bagi pengurusan menyeluruh kesihatan mereka.



Bagi Dr Saiful pula strategi sedemikian dapat dimanfaatkan pesakit menerusi penyelarasan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh.



"Doktor keluarga pula dapat melakarkan rancangan kesihatan peribadi dengan pesakit dan ia dapat disusulkan oleh agensi-agensi lain yang memainkan peranan penting bagi memastikan gaya hidup yang sihat bagi si pesakit," katanya, yang juga anggota Kumpulan Kerja Utama Pelaksanaan Healthier SG serta Panel Penasihat Pengamal Am Nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >