Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Doktor khidmat awam: Kadar pemberhentian stabil

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



KADAR peletakan jawatan doktor dalam sektor penjagaan kesihatan awam telah kekal stabil sepanjang tiga tahun lalu, antara 3 peratus dengan 5 peratus, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary di Parlimen pada Isnin.



Menjawab pertanyaan beberapa pertanyaan Anggota Parlimen yang antaranya menyentuh tentang usaha memperbaiki kadar perletakan jawatan doktor muda, Dr Janil berkata pemerintah akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan kesejahteraan doktor di negara ini dan mengekalkan mereka.



Salah satu daripadanya ialah pembentukan Jawatankuasa Kesejahteraan Nasional bagi Doktor Muda yang telah mengkaji inisiatif bagi menggalakkan dan memperbaiki kesejahteraan doktor muda dalam sistem penjagaan kesihatan awam, katanya.



"Jawatankuasa ini sedang menjalankan siri perbincangan kumpulan kecil yang mendalam bersama doktor muda dan kanan. Menerusi ini kami telah berusaha mengesahkan pendekatan kepada keprihatinan utama seperti keperluan untuk memperbaiki laluan kerjaya, menangani waktu kerja dan memperbaiki keadaan kerja. Jawatankuasa ini juga sedang menggulung pendekatannya bersama pihak berkepentingan dan memuktamadkan saranannya," kata Dr Janil.



Inisiatif awal yang sudah dilaksanakan termasuk pelantikan Ketua Pegawai Kesejahteraan di kelompok penjagaan kesihatan awam, yang bertanggungjawab mempertingkat kesejahteraan semua kakitangan penjagaan kesihatan, menurutnya.



Laluan kerjaya juga sudah mula diperluas dan diperhalus seperti pengenalan skim Klinisian Hospital untuk menyediakan doktor lebih banyak pilihan kerjaya yang pelbagai.



"Yang terburuk bagi pandemik sudah berakhir, dan jumlah pesakit telah berkurangan. Bagaimanapun, semua pekerja penjagaan kesihatan kami kekal sibuk melayani keperluan penjagaan kesihatan warga Singapura. Jawatankuasa ini terus menyemak waktu kerja, keadaan kerja, dan kesejahteraan doktor muda. Ia akan mengambil sedikit masa untuk mengkaji hal ini dan membuat cadangan lanjut yang sesuai," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >