Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor kosmetik lelaki dituduh cabul pesakit lelaki

Aug 19, 2015 | 08:40 AM



SEORANG doktor kosmetik didakwa semalam mencabul tiga kali seorang pesakit lelaki yang menjalani kaedah pembuangan lemak, atau liposuction.


Dua daripada kejadian itu dikatakan berlaku selepas Tan Kok Leong, 49 tahun, menyuntik pengadu tersebut, seorang doktor Malaysia berumur 33 tahun, dengan ubat pelemah di sebuah bilik hotel.


Mahkamah diberitahu bahawa Tan membawa beliau ke hotel itu untuk "pemulihan".


Dia menghadapi tiga tuduhan mencabul kehormatan dan dua tuduhan memberi dadah bagi mencabuli doktor Malaysia itu.


Antara lain, Tan dituduh menyentuh kemaluan pengadu semasa prosedur liposuction di pinggangnya di Pusat Perubatan Life Source di Pusat Perubatan Novena pada 6 Jun 2013.


Pada 5 Julai tahun itu, dia melakukan satu lagi prosedur liposuction ke atas pengadu dan kemudian memberitahunya bahawa dia telah menempah bilik di Hotel Oasia untuk beliau berehat.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Victor Lim berkata apabila mereka tiba di sana, Tan memberi pesakitnya dia akan menyuntik beliau dengan ubat tidur Dormicum dan ubat penahan sakit Rosiden.


Tan kemudian dikatakan menarik seluar pengadu dan mengambil gambar alat kelaminnya.


Dia didakwa mengulangi perbuatan itu dua kali esoknya.


Pihak pembelaan berhujah pengadu tidak mungkin telah dicabul semasa kaedah liposuction pada 6 Jun kerana temanitanya, juga seorang doktor, hadir bersama seorang lagi doktor.


Peguam Edmond Pereira dan Vickie Tan berkata pengadu sedar sepenuhnya semasa prosedur itu dan telah bersetuju gambar-gambarnya diambil di hotel.


Tan rakan kongsi Pusat Perubatan Life Source, yang telah ditutup, yang mempunyi lesen bagi melakukan liposuction.


Hukuman maksimum bagi kesalahan mencabul ialah penjara dua tahun, denda dan rotan.


Kesalahan memberi ubat pelemah membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan rotan.


Perbicaraan disambung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >