Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor SGH dikenakan probesen kerana ugut bapa

Jan 07, 2016 | 09:26 AM



SEORANG doktor Hospital Besar Singapura (SGH) yang mengugut bapanya yang berusia 81 tahun dengan pisau dikenakan probesen 12 bulan pada Rabu (6 Jan 6).


Tham Kwang Wei, 43 tahun, seorang konsultan kanan, mengaku mengugut dan menyebabkan kecederaan ke atas bapanya, Dr Tham Ngiap Boo.


Tham, yang disahkan menghidap penyakit mental selepas kejadian pada 30 September 2014 itu, juga mencekak leher ayahnya dan menggigit lengannya.


Seorang pakar psikiatri Institut Kesihatan Mental (IMF) mendapati ada "kaitan penyebab besar" antara gangguan mental Tham - kemurungan dengan ciri-ciri psikotik - dan kesalahan yang dilakukannya.


Pakar tersebut berkata: "Tindakannya nampaknya didorong pengalaman psikotik yang berkaitan dengan kepercayaan agama atau rohaninya, yang membuat dia percaya bahawa tindakan dia betul dari segi moral."


Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Mahkamah Masyarakat, Encik Mathew Joseph, berkata: "Ini kes paling luar biasa dan juga kes sedih."


Beliau berkata Tham melakukan kesalahan itu kerana keadaannya sebelum itu yang tidak dirawat; dan dia komited serta berdedikasi pada kerjanya.


"Kes ini juga peringatan mengenai bahaya kemurungan yang tidak dirawat digabungkan dengan beban kerja yang tinggi dan tekanan peribadi," kata Encik Joseph.


Tham telah pulih dan kembali bekerja sepenuh masa sebagai perunding kanan dan pengarah di Unit Obesiti dan Metabolik Pusat Kehidupan SGH.


Mahkamah diberitahu tahun lalu bahawa Tham mendatangi bapanya di klinik beliau di Whampoa Drive, mendakwa beliau berhutang kepada tuhan $150,000.


Dia meminta bapanya memberinya wang itu supaya dia boleh mengembalikannya kepada tuhan.


Apabila bapanya enggan, Tham mengeluarkan pisau sepanjang 18 sentimeter dan meletaknya di leher beliau.


Tham memberitahu bapanya supaya memberi dia cek $150,000 atau mengikut dia ke bank untuk mengeluarkan wang.


Bapanya meminta pertolongan tetapi pembantu klinik yang membuka pintu dipaksa keluar oleh Tham.


Tham kemudian memaksa bapanya duduk di kerusi dan mencekak lehernya.


Seorang lagi kakitangan datang dan merampas pisau itu. Tham kemudian mengigit lengan kiri bapanya.


Peguam Tham, Encik Selva K. Naidu, dalam mitigasinya berkata ia bermula pada pertengahan 2013 apabila bapa Tam berhenti pergi ke gereja dan memberi sumbangan bulanan kepada gereja itu.


Dia berasa bapanya telah mungkir janji dan dia campur tangan untuk membantu.


Tham mengambil pinjaman bank dan membayar gereja itu sumbangan lapan bulan berjumlah $27,700. Dia melakukan tugas tambahan di tempat kerjanya untuk membayar hutang itu, kata peguamnya.


Tiga hari sebelum kejadian, Tham memalsukan tandatangan bapanya pada cek $28,030 kerana dia berasa dia terpaksa mendapatkan semula wang itu beserta faedahnya.


Kesalahan ini diambil kira semasa hukuman dijatuhkan, bersama satu lagi tuduhan mempunyai senjata pisau di klinik tersebut.


Encik Naidu berkata SGH tahu mengenai pertuduhan itu dan keadaan psikiatri Tham, dan telah mendapati dia sihat untuk terus menjadi doktor di hospital itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >