Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH GALAK WARGA LEBIH PROAKTIF JAGA KESIHATAN

Doktor turut terima geran sokongan IT

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



DOKTOR keluarga akan menerima geran sokongan teknologi maklumat (IT) sekali sahaja sebagai sebahagian daripada strategi SG Lebih Sihat.



Langkah tersebut diberi bagi memastikan doktor keluarga privet akan berupaya, secara digital, memberikan penjagaan bersepadu yang diperlukan di bawah SG Lebih Sihat.



Kertas Putih strategi SG Lebih Sihat menyatakan bahawa doktor keluarga dan kelompok penjagaan kesihatan akan perlu berkongsi data bagi menyelaras penjagaan kesihatan sebagai satu pasukan.



Seperti contoh, doktor keluarga patut memahami kepatuhan penduduk kepada pelan kesihatan, termasuk perubahan gaya hidup dan menyelesaikan ujian kesihatan yang kerap.



"Kelompok penjagaan kesihatan perlu menganggarkan data kesihatan penduduk, menganalisa trend, mengenal pasti jurang dalam perlindungan pesakit, dan menyemak keberkesanan intervensi bagi memperbaiki protokol penjagaan," kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Kertas Putih itu.



Diminta pandangannya Dr Fadzil Jaafar dari Klinik Perubatan Mission (Hougang) yang juga anggota Pelaksanaan Kumpulan Kerja SG Lebih Sihat menganggap IT sebagai alat kritikal dalam perlaksanaan strategi SG Lebih Sihat.



"Sedang strategi SG Lebih Sihat ini terus berkembang dan memasuki fasa selanjutnya, meliputi lebih banyak aspek penjagaan asas dan lebih banyak keadaan kesihatan, ia mungkin memerlukan lebih banyak perubahan atau perluasan kepada sistem IT itu.



"Jadi saya tidak pasti sekiranya geran sokongan sekali sahaja mencukupi dalam jangka panjang," katanya.



Sementara itu, bagi doktor keluarga dan pengarah perubatan MyHealth Medical Centre, Dr Saiful Nizam, geran tersebut dialu-alukannya memandangkan perkhidmatan kesihatan umum meliputi pihak penjagaan kesihatan awam dan swasta.



"Bagi kami di bahagian swasta, kos pengendalian klinik, ubat, pekerja dan sebagainya harus seimbang dengan kos yang memadai kepada pesakit.



"Dengan geran tersebut, saya rasa lebih ramai doktor keluarga akan tertarik untuk menyokong strategi yang mempunyai aspirasi yang tinggi ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >