Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Doktor yang terlibat dalam skandal Pendaftaran HIV, kini dihukum atas kesalahan dadah

Oct 18, 2019 | 01:58 PM



Ler Teck Siang, doktor Singapura yang terlibat dalam kes kebocoran data Pendaftaran HIV,  kini didapati bersalah atas kesalahan memberi suntikan kepada pesalah dadah dengan sedikit bayaran, dan atas kesalahan memiliki peralatan berkaitan dadah.



Ler, 38 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan pada Khamis (17 Oktober).



Hukuman ini akan dijalankan selepas Ler selesai menjalani hukuman awalnya selama dua tahun, atas kesalahan membantu bekas pasangannya yang didapati HIV-positif, Mikhy Farrera-Brochez, menipu pihak berkuasa demi mendapatkan pas pekerja.



Menurut laporan The Straits Times, di bawah undang-undang Singapura, warga asing yang didapati menghidap HIV tidak dibenarkan bekerja di sini.



Pada Januari lalu, Ler dan Farrera-Brochez terlibat dalam skandal Pendaftaran HIV, di mana maklumat mengenai 14,200 pesakit positif HIV telah dibocorkan dalam talian.



Atas kesalahan tersebut, mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >