Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Dokumen penting boleh didigital di bawah undang-undang baru

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



PINDAAN kepada undang-undang yang mentadbir transaksi elektronik, termasuk membolehkan dokumen seperti Surat Kuasa Berkekalan (LPA) digital diterima, diluluskan di Parlimen semalam.



Sebagai sebahagian daripada perjalanan digital negara ini, pemerintah mahu membolehkan pendaftaran LPA, yang membenarkan individu dilantik untuk membuat keputusan perubatan dan kewangan bagi pihak seseorang sekiranya beliau hilang daya mental, dibuat secara digital.



Ia juga akan membolehkan dokumen perdagangan rentas sempadan disediakan secara digital, sekali gus mengurangkan masa dan wang yang diperlukan untuk memproses jumlah kerja kertas yang besar.



Pindaan kepada Akta Transaksi Elektronik itu diperkenalkan di Parlimen pada awal bulan lalu oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran.



Akta itu memberikan kepastian undang-undang bagi transaksi digital, membolehkan khidmat e-pemerintah disediakan, dan menyediakan rangka kerja bagi tandatangan elektronik yang selamat.



Menyentuh tentang LPA semasa bahas rang undang-undang itu di Parlimen semalam, Encik Iswaran berkata buat masa ini hanya salinan cetak LPA diterima.



Namun, usaha menyediakan pendaftaran LPA secara digital itu akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk mendaftar LPA dari purata tiga minggu kepada sekitar lapan hari bekerja.



Ini tidak termasuk tempoh masa menunggu tiga minggu mandatori di mana seseorang boleh menarik balik permohonannya dan individu yang dilantik untuk bertindak bagi pihaknya juga boleh mengemukakan bantahan.



Encik Iswaran berkata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), yang berkuasa atas LPA, akan bekerjasama dengan agensi pemerintah lain dan pusat masyarakat untuk membantu mereka yang kurang mahir dalam teknologi.



MSF juga akan mendekati kumpulan profesional yang relevan demi memastikan pelaksanaan LPA elektronik yang berkesan.



"Secara umumnya... kementerian akan mengadakan konsultasi bersama pihak berkepentingan dan memastikan bahawa walaupun kami berusaha untuk merealisasikan manfaat digitalisasi, perlindungan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk kepercayaan yang penting bagi kejayaan langkah ini," kata beliau.



Pindaan kepada akta itu juga akan mengurangkan jumlah kerja kertas yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan dengan membolehkan dokumentasi digital dilaksanakan dengan pelabuhan antarabangsa.



Buat masa ini, kebanyakan perdagangan maritim melibatkan penggunaan bil muatan fizikal, yang merupakan dokumen undang-undang dan komersial yang menunjukkan bukti bagi kontrak pengangkutan, resit dan pemilikan barangan bagi penghantaran kargo.



Disebabkan selok-belok rumit undang-undang perdagangan maritim, dokumen kertas itu biasanya mempunyai ratusan halaman bagi satu transaksi.



Usaha menyediakan dokumen tersebut secara digital akan mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti.



Ini dapat dilakukan di bawah pindaan kepada akta itu dengan menyelaraskan Singapura dengan piawaian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa, yang melakarkan rangka kerja undang-undang yang diselaraskan secara antarabangsa untuk rekod elektronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >