Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Dokumen penting boleh didigital di bawah usulan pindaan

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH mendigitalkan dokumen penting seperti Surat Kuasa Berkekalan (LPA) boleh dijangkakan tidak lama lagi, di bawah pindaan yang diusulkan berkaitan undang-undang berkenaan transaksi elektronik.



Pindaan itu bertujuan, antara lain, mendigitalkan LPA, yang membolehkan seseorang yang dilantik untuk membuat keputusan perubatan dan kewangan bagi pihak orang lain sekiranya orang tersebut kehilangan keupayaan mental.



Ini juga akan membolehkan dokumen perdagangan rentas sempadan didigitalkan, sekali gus mengurangkan masa dan wang yang diperlukan untuk memproses sejumlah besar dokumen.



Pindaan kepada Akta Transaksi Elektronik diperkenalkan di Parlimen semalam oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran.



Akta itu memberi kepastian dari segi undang-undang bagi transaksi digital, membolehkan perkhidmatan e-pemerintah dan menyediakan rangka untuk tandatangan elektronik yang selamat.



Mengenai digitalisasi LPA, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah mengadakan perundingan awam mengenai isu ini.



Buat masa ini, hanya salinan cetak LPA diterima.



MSF berkata Oktober lalu bahawa digitalisasi dokumen ini boleh mengurangkan masa yang diperlukan untuk mendaftarkan LPA daripada rata-rata tiga minggu kepada lapan hari bekerja.



Ini tidak termasuk tempoh menunggu mandatori selama tiga minggu di mana seseorang boleh menarik balik permohonannya dan orang yang dilantik untuk bertindak bagi pihaknya juga boleh mengemukakan bantahan.



Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk mengurangkan jumlah dokumen yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan dengan membolehkan penggunaan dokumentasi digital bagi pelabuhan antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >