Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dokumentari alam pencetus inpirasi Sezairi

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



Sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini tidak hanya mempunyai satu lagu utama, tetapi terdapat tiga lagu asli yang akan dinyanyikan. Selain lagu utama “The Road Ahead”, penduduk Singapura akan dapat menikmati dua lagi lagu asli yang akan dinyanyikan oleh Sezairi Sezali, berjudul “Breathing City”, dan Aisyah Aziz, dengan “Spirits Anew”. BERITA HARIAN bertemu kededua penyanyi setempat itu untuk mengetahui lebih tentang inspirasi di sebalik lagu asli mereka itu.




MENONTON filem dokumentari Netflix yang berjudul 'Planet Earth', dan melihat bagaimana Singapura telah maju sebagai sebuah negara dan berubah menjadi kota hijau, tercetus satu idea bagi penyanyi dan penggubah lagu, Sezairi Sezali, untuk menghasilkan sebuah lagu yang istimewa.



Menampilkan sebuah lagu asli yang berjudul Breathing City, ia yang mengetengahkan impian golongan muda serta harapan mereka mengenai masa depan Singapura.



Ketika ditemui Berita Harian, Sezairi berkata, beliau berharap lagu itu dapat menjadi sumber harapan bagi banyak orang pada tempoh yang mencabar ini.



Kembali ke pentas Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sejak 2016, beliau melahirkan perasaan ghairah dan terharu dapat melakukan persembahan yang besar untuk negaranya sekali lagi.



"Tahun ini memang amat istimewa bagi saya kerana saya dapat menulis lirik dan menggubah lagu saya sendiri dan mempersembahkannya.



"Ini adalah salah satu impian saya sejak saya kecil lagi, jadi akhirnya saya berjaya mencapai impian saya," kata juara Singapore Idol Musim Ketiga tahun 2006 itu.



Namun, beliau berkata proses menghasilkan lagu ini bukan sesuatu yang mudah dan telah mengambil banyak masa sebelum diselesaikan.



Menurut Sezairi, beliau mula menggubah lagu tersebut sejak akhir tahun lalu, tetapi hanya dapat menyelesaikannya pada pertengahan tahun ini.



"Ketika saya menggubah lagu ini pada akhir tahun lalu, keadaan Covid-19 di Singapura semakin pulih, jadi lagunya agak rancak.



"Tetapi apabila terpaksa kembali kepada Fasa Dua tahun ini, saya rasa macam lagu itu tidak kena dengan keadaan.



"Oleh itu saya mendapatkan bantuan daripada rakan saya, Charlie Lim, untuk mengubah lagu ini supaya dapat 'vibe' melankolik yang saya rasa orang ramai dapat menikmati dengan lebih mendalam semasa keadaan yang tidak menentu ini," katanya.



Tambahnya, meskipun tahun ini adalah tahun ketiga beliau menyertai NDP, Sezairi berkata, ini adalah kali pertama beliau akan menyanyikan lagunya sendiri semasa NDP.



Mengulas mengenai perbezaan NDP tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya, Sezairi menjelaskan perbezaan terbesar adalah jumlah penonton di pentas terapung itu.



Namun, ini tidak menghalangnya untuk menampilkan persembahan yang terbaik.



"Pada tahun-tahun sebelum ini, kita selalunya akan mempunyai lebih daripada 20,000 penonton yang dapat memberikan sorakan apabila menyanyi.



"Boleh dikatakan ini adalah perkara yang paling menarik untuk dialami.



"Tetapi kali ini, sekitar seribu penonton sahaja yang akan hadir.



"Memang sedih sedikit kita tidak dapat mengundang lebih ramai orang, tetapi saya rasa terdapat elemen yang lain seperti filem dan penggunaan media berlainan yang tidak konvensional yang baru tahun ini.



"Tetapi apa yang membuat saya bermotivasi untuk terus menampilkan persembahan yang baik adalah pentas itu di mana saya di beri peluang untuk menjadi suara orang ramai dan menyanyi apa yang mereka rasakan semasa tempoh ini," kata penyanyi yang berusia 34 tahun itu.



Beliau juga melalui tempoh yang mencabar semasa menghasilkan lagu tersebut, maka beliau berharap orang ramai dapat menikmati lagu ini dan merenung lirik yang ditulis.



"Semasa tempoh ini, saya kehilangan seorang anggota keluarga dan juga kucing saya. Tahun ini agak sukar bagi saya secara peribadi.



"Hidup ini hanya sementara sahaja.



"Jadi apabila orang ramai mendengar lagu ini, mereka dapat mempelajari pentingnya menjaga mereka yang berada di sekeliling dan mengambil kesempatan untuk menjaga mereka dengan baik dalam masa yang mereka ada," ujarnya.




"Tahun ini memang amat istimewa bagi saya kerana saya dapat menulis dan menggubah lagu saya sendiri dan mempersembahkannya.

Ini adalah salah satu impian saya sejak saya kecil lagi, jadi akhirnya saya berjaya mencapai impian saya."

- Sezairi Sezali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >