Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENYAMBUT RAMADAN

Dokumentari khas di Suria, CNA papar kehidupan penerima zakat

May 06, 2019 | 05:30 AM



DUA siri dokumentari baru yang memaparkan pahit getir kehidupan sesebuah keluarga penerima zakat setiap satu bakal diudarakan di kaca televisyen dan wadah-wadah media sosial.



Selain kisah kehidupan mereka, kedua-dua dokumentari itu juga bakal menyenaraikan bantuan zakat daripada masjid dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang diterima individu atau keluarga tersebut.



Dokumentari Jangan Abaikan Mereka dan siri serupa dalam bahasa Inggeris, Living With Less, akan disiarkan di saluran Suria dan CNA bermula minggu pertama Ramadan ini.



Selama empat minggu, siri-siri ini akan memaparkan kehidupan empat penerima zakat - satu setiap minggu - serta kecekalan mereka dalam mengharungi kehidupan meskipun tidak memiliki kemewahan seperti keluarga lain.



Mendedahkan daya usaha tersebut, Timbalan Pengarah Sistem Aset dan Endowmen, Encik Masagoes Isyak Amin, berkata siri itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang pengagihan zakat - khususnya kepada asnaf fakir dan miskin - yang diterima di pusat pungutan zakat rasmi di serata Singapura.



Selain itu, buat kali pertama juga, Muis telah bekerjasama dengan Mediacorp Brand Studio dengan menghasilkan dua laman web silang wadah yang masing-masing mengandungi sebuah video singkat, blog foto dan kisah ringkas mengenai sebuah keluarga penerima zakat.



Dua laman itu akan dipautkan bersama laman utama CNA.



"Ramai dalam kalangan kita yang kurang menyedari tentang bagaimana Muis membantu individu atau keluarga yang memerlukan ini. Kami berharap dengan adanya dokumentari seperti ini, mereka lebih jelas tentang bantuan yang dihulurkan," kata Encik Masagoes Isyak.



Dokumentari-dokumentari tersebut secara ringkas akan menyelami kehidupan penerima zakat yang penuh dengan cabaran, bantuan yang diterima daripada Muis serta agensi lain yang dirujuk oleh pihak masjid, serta azam dan tekad keluarga itu bagi mengharapkan masa depan yang lebih baik.



Sesetengah profil yang diketengahkan turut berkongsi kisah positif dan mengharukan seperti membantu orang lain, meskipun diri mereka sendiri serba kekurangan.



Jangan Abaikan Mereka akan disiarkan di saluran Suria pada setiap Jumaat bermula 10 Mei, 9 malam. Siaran ulangannya pada Sabtu, bermula 11 Mei, pada 11 malam.



Living With Less pula akan disiarkan di saluran CNA pada setiap Rabu bermula 8 Mei, 7.02 malam. Siaran ulangannya pada Jumaat, bermula 10 Mei, pada 4 petang dan Ahad, 12 tengah hari.



Dua laman silang wadah itu boleh dilungsuri di www.channelnewsasia.com bermula 8 Mei ini.




"Ramai dalam kalangan kita yang kurang menyedari tentang bagaimana Muis membantu individu atau keluarga yang memerlukan ini. Kami berharap dengan adanya dokumentari seperti ini, mereka lebih jelas tentang bantuan yang dihulurkan."
- Encik Masagoes Isyak Amin, Timbalan Pengarah Sistem Aset dan Endowmen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >