Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONVENSYEN NASIONAL KE-4 AMP

Dorong karyawan sumbang semula kepada masyarakat: DPM Wong

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



UNTUK melengkapi dan memperkasa karyawan Melayu/Islam dengan lebih baik, terdapat keperluan menggerakkan golongan ini agar menyumbang kembali kepada masyarakat kerana banyak yang boleh ditawarkan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Pemerintah, tambahnya akan terus melabur dalam memperkasa rakyat agar dapat melengkapi mereka dengan kemahiran serta keupayaan relevan, dan memberi semua orang kelebihan tambahan supaya maju dan cemerlang dalam kerjaya mereka.



Dalam ucapan yang disampaikannya di Konvensyen Nasional ke-4 AMP yang diadakan di Max Atria @ Singapore Expo semalam, Encik Wong berkata Singapura perlu kekal terbuka dan terhubung kepada dunia untuk menakat dan berkembang maju.



"Sebagai hab perniagaan, kita tidak boleh lari daripada persaingan global, sama ada ia datang dari China atau India atau Amerika Syarikat atau Eropah ataupun dari jiran kita. Jadi kita semua perlu berdepan dengan persaingan ini. Namun warga Singapura tidak akan melaluinya sendiri," jelasnya.



Menurutnya, karyawan Melayu/Islam boleh menyumbang dengan memberi bimbingan kerjaya kepada belia, menawarkan peluang kenal-mengenal atau networking bagi membantu karyawan muda, ataupun menjadi mentor dan contoh kepada generasi seterusnya, antara lain.



Di samping itu, golongan karyawan Melayu/Islam juga perlu dibantu dalam menangani keperluan dan cita-cita mereka yang unik, termasuk membolehkan mereka mempertingkat kemahiran agar kekal relevan dalam tenaga kerja.



Menyentuh tentang kemajuan yang dicatat masyarakat Melayu, Encik Wong akur bahawa semakin ramai orang Melayu telah meraih pendapatan yang lebih tinggi dan menikmati taraf kehidupan yang lebih baik, malah membuat sumbangan besar kepada masyarakat antaranya sebagai doktor, penyelidik bioperubatan, jurutera IT, artis, peguam dan askar.



Namun, isu sosial kini menjadi semakin rumit dan rencam.



"Dan untuk menangani isu ini, untuk membawa kesan yang sebenar dalam masyarakat, kita memerlukan rakan masyarakat berbeza untuk berkumpul dan menyediakan campur tangan holistik serta sokongan menyeluruh yang lebih kukuh," katanya.



Sedang masyarakat bergerak ke depan, Encik Wong berkata semua perlu bekerjasama dengan pendekatan yang tertumpu kepada keluarga.



Ini bermakna sumber digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga, daripada memaksa mereka untuk mengikuti pertubuhan masing-masing.



Hanya dengan itu, katanya, kemajuan boleh dicapai dalam mempertingkatkan kedudukan keluarga berpendapatan rendah dan memastikan Singapura kekal sebagai tempat di mana semua boleh bercita-cita menjalani kehidupan yang lebih baik.



Di samping itu, dengan masyarakat yang kian menua, terdapat keluarga yang tersepit - di mana mereka perlu menjaga ibu bapa tua mereka serta anak-anak mereka pada masa yang sama.



Menurutnya, konvensyen yang diadakan sejajar dengan apa yang ingin dicapai inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore) - yang bertujuan mengemas kini kompak sosial negara ini.



"Kami berhasrat membina sebuah Singapura di mana terdapat peluang bagi semua tidak kira latar belakang, bangsa, bahasa atau agama; sebuah Singapura di mana setiap rakyat tahu bahawa mereka tidak akan dibiarkan mengurus diri sendiri tetapi bahawa kita semua mengharunginya bersama; sebuah Singapura di mana semua boleh berkongsi kemajuan negara," katanya.



Laporan lanjut: Teks sedutan ucapan DPM Wong di Konvensyen AMP




PROFESIONAL MELAYU/ISLAM BOLEH BANTU TANGANI ISU SOSIAL YANG MAKIN RENCAM



"Kadar Melayu dalam pekerjaan PMET juga telah meningkat kepada 40 peratus pada 2020, naik daripada 30 peratus sedekad lalu... (tetapi) apa yang semakin kita temui ialah isu sosial semakin rencam dan rumit... kita mesti menggembleng profesional Melayu/Islam untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Ini kerana mereka boleh menawarkan banyak perkara, seperti memberi bimbingan kerjaya kepada belia, menawarkan peluang rangkaian untuk membantu profesional muda atau menjadi mentor dan teladan kepada generasi akan datang."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >