Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Dorongan di sebalik belajar bahasa Melayu...

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dorongan di sebalik belajar bahasa Melayu...

Jan 18, 2022 | 05:30 AM

SEKALI pandang, memang tidak jangka beliau memahami bahasa Melayu.

Tetapi sejurus sahaja beliau membuka mulutnya, lidahnya petah bertutur bahasa tersebut.

Kemahiran menguasai bahasa berbeza-beza merupakan suatu yang dianggap Chloe Goh Yen Lu (gambar atas), 16 tahun, sebagai "berguna dan bermakna".

Ini dikuatkan lagi dengan keinginannya mahu menceburi bidang perubatan dan berinteraksi dengan pesakit berbilang kaum.

Itulah yang mendorong bekas pelajar Sekolah Tinggi Chung Cheng (Main) itu untuk mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga.

Keupayaan gadis ini untuk menguasai tiga bahasa jelas terserlah dalam keputusan GCE peringkat 'O' baru-baru ini di mana beliau mendapat gred A1 bagi bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.

Malah, Chloe turut cemerlang dalam subjeknya yang lain di mana beliau mencapai gred A bagi kesemuanya.

LAPORAN SELANJUTNYA: Belajar bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga kerana 'berguna, bermakna'

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3