Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI

DPM China temu Presiden Halimah, PM Lee

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri China, Encik Han Zheng, menemui Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semalam.



Pertemuan itu diadakan dalam rangka kunjungan rasmi Encik Han ke negara ini.



Lawatan selama tiga hari sejak Rabu lalu itu atas undangan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, diadakan berlatarbelakangkan kerjasama yang meningkat antara Singapura dengan China, dengan kededua Encik Teo dan Encik Han bersama mempengerusikan mesyuarat Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala (JCBC) Ke-14 kelmarin.



JCBC merupakan perbincangan dua hala tertinggi antara Singapura dengan China.



Mereka turut mempengerusikan mesyuarat Majlis Pandu Bersama (JSC) Bandar Eko China-Singapura dan projek Inisiatif Ketersambungan Chongqing (CCI).



Kedua-dua pemimpin itu juga telah menyaksikan acara menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang termasuk kerjasama dua hala lebih luas dalam bidang seni, keusahawanan dan harta intelektual serta penyelidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >