Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM galak warga jalani vaksinasi

Gesaan dibuat dalam sesi buka puasa dalam talian dengan 100 keluarga Muslim
May 04, 2021 | 05:30 AM



BAGI keluarga Cik Sabrina Chong Abdullah, Hari Raya Puasa akan diraikan dengan hidangan dimasak di rumah dan panggilan Zoom bersama keluarga.



Peniaga di rumah itu akan memastikan langkah jarak selamat dipatuhi sedang peraturan diketatkan bagi dua minggu mendatang sehingga 14 Mei setelah kes jangkitan dalam masyarakat meningkat.



"Keluarga saya ada tujuh orang dan melawat rumah orang lain agak payah. Saya tidak mahu harapan anak saya menggunung dan mereka rasa sedih kerana tidak akan dapat banyak duit Raya,'' kata ibu lima anak berusia lima dengan 15 tahun yang tinggal di Bedok Reservoir View.



Dalam sesi berbuka puasa diadakan dalam talian kelmarin, keluarga beliau antara 100 keluarga Muslim yang berbuka puasa bersama Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Mengulas mengenai kes di Hospital Tan Tock Seng, Encik Heng berkata: "Keadaan semakin buruk. Dan ia amat penting kita terus berwaspada.''



Beliau juga menggalak rakyat untuk mendapat suntikan bagi mengekang Covid-19 kerana Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan ia dibenarkan.



"Saya berharap mereka yang belum disuntik, apabila tiba giliran, lakukannya kerana ia akan melindungi diri kita dan orang lain,'' kata Encik Heng.



Beliau berkata mereka yang disuntik masih boleh dijangkit tetapi vaksin itu melindungi penduduk dari mendapat penyakit itu dalam keadaan yang teruk.



AP lain yang hadir di acara menerusi Zoom itu termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara Tan Kiat How, Cik Jessica Chan, dan Cik Cheryl Chan, menurut laporan The Straits Times (ST).



Acara 'East Coast Berbuka Puasa di Alam Siber!' itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC East Coast, menurut satu kenyataan pejabat kawasan undi East Coast.



Awal sebelum itu, sekitar 100 sukarelawan termasuk daripada Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) dan MAEC GRC East Coast telah menyediakan bantuan teknikal kepada 50 penduduk warga emas untuk log masuk Zoom bagi menyertai acara tersebut.



Sukarelawan itu juga mengagihkan makanan untuk majlis buka puasa itu, serta kuih-muih Hari Raya.



Dalam acara itu, Ustazah Kalthom Isa turut mengongsi kepentingan Ramadan dan menggalak penduduk untuk kekal sihat dan mendapat suntikan.



Penduduk Siglap Encik Abu Talib Jaffar, 65 tahun berkata beliau dan isteri merancang mendapat suntikan itu selepas Ramadan. Pegawai operasi itu menyatakan beliau telah mendaftar tetapi akan mengambilnya selepas bulan puasa kerana dibimbangi mendapat kesan sampingan.



Dalam pada itu, Lembaga Endowmen Hindu mengedarkan 100,000 kurma kepada pertubuhan Islam seperti Jamiyah, dan enam masjid iaitu Masjid-Masjid Anggulia, Abdul Gafoor, Ba'alwie, Jamae Chulia, Moulana Mohamed Ali dan Al-Abrar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >