Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng akan bentang 'Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama'

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, akan membentangkan 'Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama' hari ini yang akan menumpukan usaha negara keluar dari krisis Covid-19 bersama dan bekerjasama bagi memenuhi cabaran sebagai satu masyarakat.



Untuk muncul lebih kukuh, beliau berkata ia amat perlu bagi negara mencari wadah baru untuk bekerjasama, berinovasi dan merombak ekonomi.



"Kita mesti memperkuat kompak sosial kita dan saling menyokong terutama mereka yang mempunyai keperluan yang lebih besar. Dalam titik merah yang kecil ini, kita mesti memperkuat usaha menangani perubahan iklim, dan membina rumah yang mampan untuk generasi akan datang,'' kata Encik Heng, dalam posnya di Facebook semalam.



Beliau akan membentangkan Belanjawan Negara di Parlimen pada 3 petang ini.



Covid-19, tambahnya. telah mempercepat perubahan dan mewujudkan perubahan yang baru.



"Keupayaan kita untuk merancang ke hadapan di tengah-tengah krisis ini telah menjadi ciri utama Kisah Singapura,'' katanya.



Sedang negara mengharungi krisis segenerasi, Encik Heng berkata Tahun Kewangan 2020 akan berakhir dengan defisit Belanjawan yang paling besar dalam sejarah akibat pandemik Covid-19.



Namun, oleh kerana rizab lampau yang ditabung generasi sebelum ini, defisit itu dapat dibiayai dengan 'membuka peti negara' sebanyak tiga kali, katanya.



Beliau menambah keadaan fiskal negara akan terus mencabar bagi tahun-tahun mendatang.



Mengimbas pertemuannya dengan seorang warga emas berusia 70-an tahun di Bedok baru-baru ini, beliau berkata lelaki itu menyatakan bahawa Belanjawan tidak harus tertumpu dalam memberikan habuan, tetapi membangunkan keupayaan rakyat dan memastikan mereka menjadi lebih baik lagi.



"Yang penting, kita harus terus berhati-hati dalam perbelanjaan kita, dan meninggalkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita,'' katanya.



Ucapan Encik Heng juga akan disiarkan secara langsung di laman web Belanjawan Singapura di www.singaporebudget.gov.sg dan laman Facebook Kementerian Kewangan (MOF).



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >