Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Asean akur lipat ganda usaha perluas vaksinasi Covid-19

Bertujuan buka semula sempadan secara selamat, selain setuju mesti kekal bersatu, bekerjasama dan secara kolektif
Apr 01, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan Asean sebulat suara bersetuju melipatgandakan usaha melancarkan vaksinasi Covid-19 secara meluas bagi membuka semula sempadan secara selamat.



Bagi membangun ekonomi, mereka juga bersetuju memperkukuh ketersambungan digital, khususnya bagi bayaran silang sempadan.



Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, menyusuli satu perbincangan sehari bersama Menteri Kewangan negara Asean lain serta Gabenor Bank kelmarin.



Perbincangan Menteri Asean itu antara lain meninjau cara bersama pulih daripada pandemik Covid-19 dan bersedia bagi krisis akan datang.



Kali terakhir mereka bertemu secara fizikal ialah di Chiang Rai, Thailand, pada 2019.



"Para menteri bersetuju melipatgandakan usaha melancarkan vaksinasi secara meluas untuk membuka semula sempadan kami secara selamat," ujar Encik Heng dalam satu catatan di Facebook semalam.



Di Singapura, lebih 596,000 dos vaksin Covid-19 telah disuntik hingga 8 Mac, dengan sekitar 379,000 individu di sini sudah menerima dos pertama dan 217,000 sudah menerima dos kedua.



Di Malaysia, lebih 290,000 orang telah divaksin hingga 13 Mac, manakala lebih empat juta rakyat Indonesia telah diberi sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.



Selain usaha melancarkan vaksin Covid-19, menteri Asean itu membincangkan tentang kerjasama ekonomi dalam mesyuarat maya.



"Bagi mengembangkan ekonomi, kami bersetuju memperkukuh ketersambungan digital, khususnya bagi bayaran silang sempadan," kata Encik Heng.



Sesi mesyuarat maya kali ini dihos oleh Brunei, yang merupakan pengerusi Asean bagi 2021.



"Sedang kami rindu mengadakan interaksi secara bersemuka, mesyuarat maya itu juga rancak," ujar Encik Heng.



Turut hadir dalam salah satu sesi mesyuarat yang diadakan ialah wakil Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, bank pembangunan berbilang hala seperti Bank Pembangunan Asia dan Bank Pelaburan Prasarana Asia, serta Asean+Pejabat Kajian Makroekonomi.



"Ramai (anggota mesyuarat) juga menekankan tentang cara kita membangun kembali secara berbeza, dengan penekanan lebih besar diberi pada kemampanan dan daya tahan," ujar Encik Heng.



"Sedang aturan global menjadi tidak menentu, Asean mesti kekal bersatu, bekerjasama dan secara kolektif mengorak langkah ke depan.



"Kita akan perlu mengekalkan Pemusatan Asean sedang kita bekerja dengan rakan kerja serata dunia.



"Dengan cara ini, kita dapat membina masa depan lebih cerah, menghijau dan lebih berdaya tahan," catat Encik Heng.



Baru-baru ini, Encik Heng berkata sejauh mana Asia dapat muncul lebih kukuh pasca-Covid-19 bergantung sejauh mana ia dapat mengharungi beberapa peralihan, termasuk aturan sejagat yang sedang melalui tempoh bergelora, termasuk persaingan strategik antara Amerika Syarikat dan China.



Meskipun ketegangan boleh meningkat antara dua negara itu, beliau melahirkan harapan kededuanya dapat membentuk rangka kerja bagi kerjasama.



DPM Heng juga menekankan pentingnya rantau ini bekerjasama dengan semua pihak - bukan dengan China dan Amerika saja - bagi memajukan kepentingan Asean.



Rantau ini mempunyai prospek pertumbuhan baik disebabkan penduduknya muda dan pertumbuhan kelas pertengahan, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >