Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Bajet dapat rangsang ekon, tangani koronavirus

Feb 20, 2020 | 05:30 AM



BELANJAWAN Singapura memberikan "rangsangan fiskal yang agak besar" kepada ekonomi untuk menangani kesan koronavirus, dengan pemerintah masih menjangkakan pertumbuhan positif bagi tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam.



Pihak berkuasa terbuka kepada "kenaikan atau penurunan" dalam prospek pertumbuhannya, dan oleh itu, perlu bersedia bagi kemungkinan kemelesetan berlaku, kata Encik Heng kepada Bloomberg Television.



"Senario utama kami tetap adalah kami akan mempunyai pertumbuhan positif tahun ini," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.



"Ia semua bergantung pada apa yang berlaku kepada ekonomi sejagat dalam beberapa bulan mendatang dan itu juga bergantung pada berapa jauh wabak virus itu menular dan berapa teruk," tambah beliau.



Singapura baru-baru ini mengurangkan prospek pertumbuhannya untuk tahun ini kepada antara -0.5 peratus dengan 1.5 peratus sedang negara ini bersiap sedia bagi impak menjejas sektor pelancongan dan perdagangan.



Dalam ucapan Belanjawannya kelmarin, Encik Heng mengumumkan pelan untuk meningkatkan defisit fiskal ke tahap tertinggi sejak sekurang-kurangnya 1997, dengan $6.4 bilion dalam bentuk sokongan akan disediakan untuk menyokong ekonomi.



Encik Heng berkata dasar kewangan dan fiskal sedang bekerjasama untuk menyokong ekonomi.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang menggunakan kadar tukaran sebagai alat dasar utamanya, baru-baru ini berkata terdapat ruang dalam jalur kadar tukarannya untuk disesuaikan dengan kelemahan dalam mata wang, bagi menangani wabak koronavirus.



Keputusan dasar kewangan MAS yang seterusnya dijadualkan pada April ini.



Belanjawan Singapura merangkumi $800 juta buat agensi barisan depan yang menangani virus itu dan pakej $5.6 bilion untuk memantapkan ekonomi melalui sokongan kepada perniagaan dan keluarga.



"Pemerintah amat cermat dalam beberapa tahun pertama penggal kami dan saya mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menangani perkara ini buat masa ini," kata Encik Heng.



Beliau menambah bahawa China sedang mengambil langkah-langkah tegas dalam menangani wabak virus itu dan langkah-langkah dorongan yang telah mereka ambil untuk menyokong ekonomi adalah "positif".



Encik Heng juga memberi komen antara lain tentang pasaran hartanah, inovasi dan pilihan raya umum dalam wawancara itu.



Beliau berkata tidak ada rancangan untuk memansuhkan cukai setem pembeli tambahan buat masa ini kerana "kami perlu memastikan kami memantapkan ekonomi dan kami menangani isu struktur jangka panjang".



Mengenai pilihan raya umum pula, Encik Heng enggan memberi sebarang bayangan tentang garis masa pilihan raya umum seterusnya, yang perlu diadakan sebelum April 2021.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >