DPM Heng: Bekalan makanan S'pura cukup hasil persiapan sejak sekian lama, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

DPM Heng: Bekalan makanan S'pura cukup hasil persiapan sejak sekian lama

Apr 02, 2020 | 05:30 AM

SINGAPURA telah membuat rancangan bagi bekalan makanannya jauh sebelum berlakunya penularan Covid-19 menerusi pelbagai usaha.

Justeru, apabila bekalan sejagat terjejas ekoran Covid-19 seiring pandemik berpanjangan, bekalan makanan nasional tetap mencukupi.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, kepada media setelah melawat ladang ternakan ikan milik Apollo Aquaculture Group, di Neo Tiew Crescent, semalam.

Beliau berkata matlamat menghasilkan 30 peratus bekalan makanan dari dalam negara menjelang 2030 adalah memadai meskipun di tengah-tengah Covid-19 sekarang, sedang usaha dipergiat untuk mempercepat kajian dan pengembangan (R&D) bagi meningkatkan pengeluaran makanan.

Encik Heng menjelaskan penularan Covid-19 menekankan lagi pentingnya bagi Singapura memiliki wawasan pengeluaran bekalan sendiri dan bekalan makanan berdaya tahan.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Keselamatan bekalan makanan adalah kritikal bagi Singapura dan adalah penting untuk membuat perancangan yang mencukupi.

"Saya berasa lega yang kita membuat perancangan ini beberapa tahun sebelumnya," ujarnya.

Menurut Encik Heng, sejak beberapa tahun lalu, Singapura telah mempelbagaikan sumber import makanan, bekalan nasional serta memanfaatkan teknologi dalam perladangan.

Bagi merangsang daya ketahanan bekalan makanan, Encik Heng berkata usaha dipergiat untuk bekerjasama dengan negara lain bagi mempelbagaikan sumber import makanan.

"Kita kini sedang meningkatkan kerjasama dengan banyak negara lain untuk meneliti keselamatan makanan dan memperbaiki rantaian bekalan.

"Jadi walaupun bila rantaian bekalan terganggu, dalam keadaan seperti kini, kita masih mempunyai tahap keselamatan makanan lebih baik," jelas beliau.

Singapura bersama enam negara lain termasuk Australia, Brunei dan Canada sebelum ini mengeluarkan kenyataan peringkat menteri tentang komitmen terhadap rantaian bekalan terbuka.

Satu lagi usaha dilakukan ialah memastikan kuasa bekalan mencukupi, misalnya kerjasama di antara syarikat dengan agensi pemerintah bagi memastikan bekalan nasional yang cukup.

"Saya ingin meyakinkan warga Singapura bahawa jika kita menggunakan bekalan ini dengan cara bertanggungjawab, kita akan memiliki bekalan yang mencukupi dan memenuhi keperluan kita, sekiranya keadaan memburuk," tekan Encik Heng.

Mengenai matlamat menghasilkan 30 peratus bekalan makanan menjelang 2030, Encik Heng berkata usaha sedang berjalan untuk percepatkannya menerusi R&D.

Beliau menukil Apollo sebagai contoh pengeluar bekalan yang memanfaatkan teknologi dan berinovasi.

Syarikat itu yang memiliki tiga ladang ternakan ikan akan menyaksikan pengeluarannya berlipat ganda apabila ladang vertikal lapan tingkat baru itu beroperasi sepenuhnya akhir tahun ini.

Daripada pengeluaran 300 tan ikan dan udang setahun, kemudahan itu boleh mengeluarkan sehingga 2,000 tan, sekali gus menyumbang kepada usaha penghasilan bekalan makanan setempat, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Ben Ng.


"Keselamatan bekalan makanan adalah kritikal bagi Singapura dan adalah penting untuk membuat perancangan yang mencukupi. Saya berasa lega yang kita membuat perancangan ini beberapa tahun sebelumnya (Covid-19)."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map