Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Belanjawan hasil maklum balas rakyat, pekerja dan peniaga

Apr 12, 2020 | 02:22 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata, Belanjawan Kesepakatan yang dibentangkan minggu lalu adalah hasil pertimbangan maklum balas yang diterima daripada ramai rakyat Singapura, pekerja dan peniaga. 



Menulis di Facebook, Encik Heng yang juga Menteri Kewangan berkata: "Semasa kami membincangkan langkah-langkah sokongan tambahan bagi Belanjawan Kesepakatan, pasukan saya dari Kementerian Kewangan dan saya sendiri telah mempertimbangkan maklum balas dengan ramai rakyat Singapura, pekerja dan peniaga.



"Mereka mengongsi dengan kami bahawa masa adalah keutamaan - jadi pasukan saya bekerja keras untuk mempercepatkan bayaran bagi Skim Sokongan Pekerjaan dari Mei ke April. Pembayaran tunai lainnya di bawah Pakej Penjagaan dan Sokongan, yang diumumkan awal sebelum ini, akan juga dipercepatkan ke Jun 2020," ujarnya.



Dalam catatannya itu juga, Encik Heng turut merakam penghargaan kepada kakitangan dan agensi perkhidmatan awam yang bekerja keras semasa tempoh 'pemutus litar' bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan mendapat bantuan yang diperlukan. 



Dalam catatannya itu, Encik Heng telah mengongsi butiran ketiga-tiga Belanjawan yang telah dibentangkan tahun ini, Belanjawan Perpaduan, Belanjawan Daya Tahan dan Belanjawan Kesepakatan. 



Menerusi ketiga-tiga Belanjawan ini, Pemerintah akan membelanjakan hampir $60 bilion bagi tahun kewangan 2020, kira-kira 12 peratus dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sebagai respons terhadap pandemik Covid-19. 



Usaha yang dilakukan ini bertujuan memastikan kesejahteraan dan penakatan rakyat, pekerja dan perniagaan dalam menghadapi penularan koronavirus yang mengancam dunia, yang sejauh ini dijangkiti lebih 1.7 juta orang dan telah meragut nyawa lebih 108,000 orang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >