Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng bentang bajet 18 Feb

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat  akan membentangkan Belanjawan tahunan di Parlimen pada Selasa, 18 Februari ini.



Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan tarikh itu dalam satu kenyataan semalam.



Liputan langsung menerusi televisyen dan radio akan disiarkan. Dalam pada itu, satu siaran web secara langsung juga boleh didapati di laman web Belanjawan Singapura, kata MOF.



Kementerian itu menambah usaha mendapatkan maklum balas awam kini sedang berlangsung akan tamat pada 10 Januari ini, dan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas kiriman pandangan mereka melalui unit maklum balas pemerintah Reach atau pelbagai wadah maklum balas yang lain.



Dalam kiriman di Facebook semalam, Encik Heng berkata Belanjawan adalah pelan kewangan strategik untuk menangani isu jangka pendek dan jangka panjang.



"Setiap Belanjawan membina Belanjawan yang lalu, dan meletakkan asas bagi Belanjawan masa depan, ia juga mencerminkan tanggungjawab kita sebagai sebuah negara, harapan kita sebagai masyarakat dan keutamaan kita bagi rakyat kita," tulisnya.



"Belanjawan 2020 memberi peluang kepada kita untuk melihat semula kemajuan Singapura, memanfaatkan pengajaran utama dan merancang masa depan kita untuk membawa Singapura ke hadapan bersama-sama," katanya.



Orang ramai masih boleh memberi maklum balas kepada kementerian melalui laman web Belanjawan Singapura di www.singaporebudget.gov.sg, laman web Belanjawan Reach di www.reach.gov.sg/budget2020 dan saluran media sosial Reach di Facebook dan Instagram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >