Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng bentang Belanjawan Selasa depan; dijangka tumpu pada masyarakat, sektor paling terjejas

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



BELANJAWAN tahun ini akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada 3 petang Selasa depan.



Ucapan Encik Heng juga akan disiarkan secara langsung di laman web Belanjawan Singapura di www.singaporebudget.gov.sg dan laman Facebook Kementerian Kewangan (MOF).



Minggu lalu, Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata pemerintah akan memberi keutamaan kepada usaha membantu pekerja dan perniagaan membangun, berinovasi dan menyesuaikan diri kepada cabaran baru dalam Belanjawan tahun ini.



Tambahnya, pemerintah juga akan terus memberi sokongan kepada pekerja dan perniagaan, terutama dalam sektor yang paling teruk terjejas.



Encik Heng juga berkata beliau akan berkongsi butiran lanjut mengenai rancangan pemerintah membantu pekerja dan perniagaan berinovasi, membangun dan menyesuaikan diri dengan cabaran baru ini dalam kenyataan Belanjawan yang akan disampaikannya.



Dengan situasi Covid-19 yang berubah-ubah, usaha pendekatan selepas Belanjawan seperti sesi sembang dengan penduduk juga mungkin perlu disesuaikan untuk memastikan kesihatan awam, kata MOF, Persatuan Rakyat (PA) dan unit maklum balas pemerintah Reach menerusi satu kenyataan bersama semalam.



Maklumat terkini akan dimuat naik oleh MOF, Reach dan PA di laman web atau saluran media sosial mereka.



Selepas Encik Heng membentangkan Belanjawan tahun ini, orang ramai boleh memberi pandangan mereka menerusi pelbagai wadah di dalam talian, termasuk mikrosit Reach Budget 2021 dan laman Facebook Reach Singapore.



Reach juga akan mengadakan dua sesi perbincangan Belanjawan di dalam talian dalam bahasa Inggeris pada 19 Februari dan dalam bahasa Mandarin pada 20 Februari.



Sesi perbincangan dalam bahasa Inggeris itu akan dipengerusikan Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong manakala sesi perbincangan dalam bahasa Mandarin akan dipengerusikan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Mereka akan disertai pengerusi Reach Tan Kiat How, yang juga Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Negara Pembangunan Negara, bagi kedua-dua sesi.



Selain itu, Reach juga akan menyediakan ruang mendengar fizikal di serata Singapura untuk mendapatkan pandangan orang ramai tentang Belanjawan 2021.



Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata semalam bahawa mereka akan mengeluarkan hasil Tinjauan Ekonomi Singapura 2020 pada 8 pagi, 15 Februari.



Laporan itu antara lain merangkumi prestasi keseluruhan ekonomi, prestasi mengikut sektor, sumber pertumbuhan, inflasi dan pekerjaan bagi suku keempat dan keseluruhan 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >