Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng bentangkan 3 strategi untuk bentuk masa depan S'pura

Hubungan erat PAP, NTUC akan berterusan di bawah kepimpinan 4G
May 02, 2019 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat dalam ucapan pertamanya menyandang jawatan itu membentangkan strategi bagi membentuk masa depan Singapura - mengubah ekonomi, mempersiap pekerja melalui pembelajaran sepanjang hayat, serta memupuk pertumbuhan inklusif.



Berucap kepada 1,600 orang di Rapat Hari Pekerja di Downtown East, Encik Heng berkata pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan terus berganding bahu dengan gerakan buruh untuk meningkatkan kehidupan warga dan pekerja Singapura.



"Saya memberi jaminan kepada anda, hubungan rapat dan simbiotik antara PAP dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), yang merupakan asas bagi jenama berharga kerjasama tiga pihak kita, akan diteruskan dalam kepimpinan generasi keempat (4G) dan selanjutnya.



"Dalam bahasa Melayu, ada pepatah 'Bersatu teguh, bercerai roboh'. Sememangnya, PAP dan NTUC telah melalui susah dan senang bersama sepanjang hampir 60 tahun," ujar beliau, juga Menteri Kewangan.



Katanya, pergelutan politik pada 1960-an merupakan faktor yang telah menjalin ikatan erat antara PAP dan NTUC.



Tanpa hubungan itu, Singapura mungkin tidak dapat mengharungi krisis atau membangun dengan pesat pada tahun-tahun awalnya, katanya.



Satu detik penting dalam sejarah gerakan buruh ialah Seminar Modernisasi NTUC pada 1969 yang membuka laluan bagi kerjasama tiga pihak antara pemerintah, kesatuan dan majikan di Singapura.



Hari ini, kerjasama itu kekal penting untuk memberi respons kepada cabaran baru seperti kepesatan kemajuan teknologi, persaingan lebih sengit akibat globalisasi, serta profil pekerja yang berubah, tambahnya.



Sebagaimana NTUC telah melalui modernisasi lima dekad lalu, Singapura juga perlu berubah untuk mengatasi cabaran itu.



Dalam usaha tersebut, strategi pertama yang disebut Encik Heng adalah mengubah ekonomi, dengan kerjasama kesatuan sebagai 'ejen aktif perubahan'.



Beliau memberi contoh inisiatif gerakan buruh menubuhkan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) sebagai satu skim yang berpandangan jauh dan satu langkah penting bagi mengubah ekonomi Singapura.



Bermula 1 April 2020, syarikat berkesatuan yang menubuhkan CTC akan layak menerima tambahan 10 peratus sokongan dana daripada gerakan buruh menerusi Geran Pembangunan Perusahaan (EDG).



Selain itu, kesatuan harus menyokong pekerja mempersiap diri bagi pekerjaan masa depan melalui pembelajaran sepanjang hayat, ujar beliau.



Ini sedang teknologi boleh menghilangkan pekerjaan, tetapi turut menawarkan pekerjaan baru juga.



Pada masa sama, teknologi harus membantu pekerja melakukan tugas mereka dengan lebih baik, dan tidak menggantikan mereka, tambah Encik Heng.



Di samping itu, Singapura harus terus memburu pertumbuhan inklusif, dengan memberi tumpuan kepada pekerja bergaji lebih rendah, warga emas serta mereka yang telah meninggalkan tenaga kerja lebih awal.



Pemerintah kini sedang mengkaji cara membantu individu yang tidak mempunyai banyak wang dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mengetepikan lebih banyak simpanan bagi masa depan mereka.



Dalam ucapannya, Encik Heng turut menghargai anggota dan pemimpin kesatuan dahulu dan sekarang yang telah menyumbang kepada pembangunan Singapura.



"Rakan kerja dan saya akur kepentingan apa yang kami warisi - rasa bertanggungjawab PAP dan NTUC terhadap Singapura dan warga Singapura.



"Generasi pemimpin saya bersedia mengambil alih dan meneruskan misi mewujudkan masa depan lebih cerah bagi semua rakyat Singapura," ujar Encik Heng.



Laporan lanjut: Tambahan dana 10% jika firma gabung dengan kesatuan latih pekerja




"Saya memberi jaminan kepada anda, hubungan rapat dan simbiotik antara PAP dengan NTUC, yang merupakan asas bagi jenama berharga kerjasama tiga pihak kita, akan diteruskan dalam 4G dan selanjutnya. Dalam bahasa Melayu, ada pepatah 'Bersatu teguh, bercerai roboh'. Sememangnya, PAP dan NTUC telah melalui susah dan senang bersama sepanjang hampir 60 tahun."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >