MELINDUNGI pekerjaan dan menyelamatkan nyawa merupakan keutamaan dalam mengharungi krisis semasa, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat, sambil menyatakan Pilihan Raya Umum kali ini memerlukan rakyat memilih pemerintah yang dapat bekerjasama dengan rakyat demi menjamin masa hadapan negara ini.
Beliau menambah krisis Covid-19 telah menyebabkan kelemahan ekonomi dan gangguan yang menyebabkan ketidakpastian yang amat serius bagi masa hadapan.