Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM GLOBAL OUTLOOK THE STRAITS TIMES

DPM Heng: AS, China perlu berpandangan rasional

Turut gesa kededua kuasa besar cari persamaan di sebalik persaingan
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



AMERIKA Syarikat dan China harus mengambil pandangan rasional dan mencari persamaan berhubung isu global, serta bersaing bila perlu namun bekerjasama jika boleh, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



Beliau juga menyeru kepada negara anggota Asean untuk bersatu dalam menghadapi tekanan daripada persaingan kuasa besar, bagi memajukan kepentingan bersama rantau ini.



"Ini bukan soal memilih untuk menyebelahi pihak mana tetapi mengekalkan keupayaan kita membuat pilihan sendiri," ujarnya semasa berucap di Forum Global Outlook The Straits Times yang berlangsung di dalam talian tahun ini.



Encik Heng menyampaikan ucapan dasar di forum tahunan itu yang memberi tumpuan pada situasi ekonomi dan politik di seluruh dunia.



Dalam ucapannya, Encik Heng berkata dunia harus bersiap sedia bagi persaingan lebih sengit antara Amerika dengan China.



Beliau menarik perhatian bahawa China kini dianggap sebagai pesaing strategik oleh sesetengah pihak, dengan sokongan dwipartisan bagi pendekatan lebih tegas terhadap China di Amerika.



Presiden Amerika Syarikat Dipilih, Encik Joe Biden, mendapat mandat untuk mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika ke-46 minggu depan namun ini mungkin tidak akan mengubah beberapa langkah yang diambil pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini.



Persaingan strategik akan mewarnai hubungan ini buat tempoh yang agak lama dan percanggahan pendapat serta perselisihan boleh dijangkakan.



Namun, Encik Heng berkata kedua-dua Amerika dan China boleh mencapai perhubungan yang bersifat lebih berhati-hati dan kebolehramalan lebih baik semasa membuat keputusan.



Sedang Amerika dan China akan bersaing, beliau berkata perselisihan tidak dapat dielak.



Namun tambahnya, persaingan dan kerjasama boleh wujud bersama.



Sebagai contoh semasa Perang Dingin dahulu, tahap kerjasama praktikal yang minimum juga wujud antara Amerika dengan Soviet Union.



Kedua-duanya antara lain bekerjasama menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghapuskan penyakit cacar pada 1960-an.



"Adalah penting kedua-dua pihak mengambil pandangan rasional dan mencari persamaan untuk bersaing jika perlu dan bekerjasama kalau boleh," ujar Encik Heng



Beliau menarik perhatian bahawa aturan dunia sekarang tidak wujud secara semula jadi tetapi hasil pucuk pimpinan yang kukuh dan keputusan tekad.



Berkenaan hubungan antara Amerika dengan China, Encik Heng berkata terdapat tanda awal yang menunjukkan bahawa kedua-dua negara mungkin bersedia mencari persamaan dalam isu global seperti perubahan iklim dan kesihatan awam.



Dalam pada itu, beliau berkata jumlah Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Asia juga kian tumbuh dengan stabil.



Malah, Asia dijangka pulih lebih cepat berbanding benua lain dan akan menyumbang kepada 60 peratus pertumbuhan dunia menjelang 2030.



Namun, pemulihan ekonomi tidak akan sama bagi semua negara, dengan persaingan Amerika-China dijangka mempunyai kesan pada pertumbuhan.



"Pemimpin harus bekerjasama mengambil tindakan untuk menjamin potensi rantau ini dan menangani risikonya," ujar Encik Heng.



Ini termasuk menerusi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang dimeterai baru-baru ini serta Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), yang merupakan asas bagi kerjasama global lebih meluas.



Di Asean, kehadiran aktif AS dan China penting bagi rantau ini untuk maju, Heng menambah.



Kehadiran Amerika menyokong kestabilan serantau, yang mewujudkan persekitaran yang ramah untuk perniagaan dan pelaburan.



Sementara itu, China mempunyai saling ketergantungan ekonomi yang mendalam dengan Asean, dan merupakan rakan dagang terbesar untuk lapan negara Asean.



Tetapi rantau ini akan terus merasakan persaingan AS-China, kata Encik Heng.



"Kami tidak dapat menentukan arah tuju persaingan ini, tetapi kami dapat berdiri bersama untuk memajukan kepentingan kolektif Asean," tambahnya.



"Dan kepentingan Asean mesti ditentukan oleh Asean, bukan oleh orang lain yang ingin menentukannya untuk kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >