Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng di Brunei rai ulang tahun sultan

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat menemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan menghadiri sambutan ulang tahun Sultan yang ke-73 semalam.



Semasa pertemuan itu, Sultan Hassanal Bolkiah telah menekankan hubungan istimewa sejak sekian lama antara Brunei dengan Singapura.



"Kami juga telah mengadakan perbincangan baik mengenai cara memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi dan pendidikan," kata Encik Heng dalam kiriman Facebook.



Tambahnya, Sultan juga bakal menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos.



Lawatan tahunan itu yang dilakukan pemimpin Singapura adalah untuk menyampaikan ucapan secara peribadi kepada Yang Di-Pertuan Brunei, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya Sabtu lalu.



Ditemani isteri, Encik Heng tiba di Brunei kelmarin untuk lawatan tiga hari yang berakhir hari ini.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, turut menghadiri Upacara Kawalan Kehormatan Diraja, Majlis Perasmian dan Majlis Jamuan Diraja.



Beliau juga dijadual bertemu anggota keluarga diraja termasuk Yang Mulia Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota, serta beberapa Menteri Brunei.



Encik Heng juga telah menemui Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Datuk Seri Haji Awang Abdul Mokti, dan isteri Datin Hajah Zalina Haji Omar, serta Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Datuk Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.



Laporan lanjut: DPM Heng temui warga S'pura di Brunei




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >