Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng galak rapat jurang digital

S'pura perlu terus tingkat kesedaran mengenai potensi teknologi digital dan bangunkan masyarakat yang lebih inklusif secara digital
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat menggalak mereka yang mahir dalam bidang teknologi digital agar menyumbang masa dan kepakaran bagi membantu merapatkan jurang kemahiran digital di Singapura.



Ini boleh dilakukan dengan menjadi duta Negara Bijak, atau menyertai usaha oleh Perikatan untuk Bertindak bagi penyertaan digital, seperti membantu keluarga kurang bernasib baik menggunakan alat bijak.



Menyatakan demikian semasa pelancaran edisi kedua acara Smart Nation and U di Pusat URA semalam, Encik Heng berkata Singapura perlu terus meningkatkan kesedaran tentang potensi teknologi digital dan membangunkan masyarakat yang lebih inklusif secara digital.



Tetapi perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi di tempat kerja juga telah melebarkan jurang kemahiran di kalangan pekerja, kata Encik Heng yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan.



"Sedang lebih banyak syarikat membuat perubahan, kita perlu memastikan pekerja kita dilengkapi kemahiran digital untuk menyandang peranan baru," katanya.



Beliau menyeru mereka yang berkemahiran agar tampil membantu menangani isu tersebut sebagai sebahagian daripada gerakan 'Singapura Bersama'.



Selain menyumbang masa dan kepakaran, Encik Heng berkata orang ramai juga boleh menderma ke Dana Digital Sepanjang Hayat untuk menyokong projek yang dimulakan masyarakat, dengan pemadanan sumbangan dari pemerintah.



"Membangunkan masyarakat yang lebih inklusif akan memerlukan usaha bersama daripada kita semua. Untuk maju bersama, setiap daripada kita mesti memainkan peranan untuk membantu orang-orang di sekeliling kita menjadi sebahagian daripada perjalanan digital ini," kata Encik Heng.



Acara Smart Nation & U 2021 dianjurkan oleh Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan akan berlangsung selama dua minggu hingga 26 Mac.



Ia membawa tema Reclaiming Our Lives With Tech (Memulihkan Kehidupan Kita Dengan Teknologi) dan terdiri daripada perbincangan panel, jerayawara dan kursus dalam talian percuma untuk menyokong warga Singapura sedang mereka memanfaatkan teknologi untuk muncul lebih kuat daripada kesan Covid-19.



Smart Nation & U 2021 juga bertujuan mengetengahkan peluang untuk pekerja dan perniagaan meningkatkan kemahiran dan berubah secara digital demi memanfaatkan gelombang digital bagi mewujudkan ekonomi yang lebih rancak serta pekerjaan dan kehidupan lebih baik untuk pekerja dan rakyat.



Ia terdiri daripada tiga komponen, iaitu Let's Talk yang berlangsung hingga hari ini, Let's Go yang dijalankan hingga 14 Mac dan Let's Learn yang akan diadakan dari 15 hingga 26 Mac.



Let's Talk terdiri daripada siri perbincangan panel yang menyatukan pemimpin pemerintah, pemain industri, ketua pergerakan buruh dan ketua masyarakat untuk membincangkan bagaimana teknologi digital telah dan akan terus memperkasa Singapura untuk muncul lebih kuat daripada cabaran Covid-19.



Let's Go merupakan pameran kemahiran dan kerja yang tertumpu kepada teknologi untuk orang awam belajar tentang peluang peningkatan kemahiran dan kerjaya. Ia diadakan di lima lokasi di serata Singapura.



Let's Learn pula menawarkan 23 webinar percuma untuk menggalak warga Singapura meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.



Laporan lanjut: Pameran bagi fahami teknologi Negara Bijak




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >